Bumi Phattalung : The Journey Ends (Part 3)
Assalamualaikum
Kap Phung Kap !
(Sumpah aku bantai wehh)
Hyee sayang sayang semua :P
(Acah acah banyak followers hahaha)
Okay, dah sampai Part 3 dan in shaa Allah this is my last Part for my volunteering 'celoteh' in #BRAVOProject . (Mesti korang excited kan, haaa cepat cepat buat muka excited, haaa comel sangat, pergi amek cermin, tgok muka korang kayy)
Ehh banyak pulak aku monolog dalaman hewhewhew
Sebenarnya aku nak tahu, habis tak data/wifi korang baca Part 2 tuh? Kalau habis, haaa palageyyy, pergi lah langgan baruu sebab untuk Part 3 pun, aku nak jadi punca lagiii. Hahahaha
Hmmmm harituh kita stop kat Day 3 kan, so harinih aku sambung lagi untuk Day 4 sampai Day 5 which is last day in Thailand. Jap jap nak amek nafas nak ingat balik apa yang dah jadi. Macam banyak benda menarik nih. Especially masa kat pantai. Aku rasa Team BRAVO mesti ingat especially empunya diri. Ihiks ihiks :D
Okay jom kita start !
(Wehh, pehal aku taip sambil baca dengan nada khairul aming nih hahaha)
DAY 4 : 27 MAC 2018
So untuk hari keempat nih, hari yang agak rileks rileks. Well, semua benda pun dah settled, dah dirasmikan. Just tinggal nak touch up sikit mana mana part yang boleh. Almaklum lah, dah siap kerja baru tahu banyak jer lagi bahan yang tinggal macam cat, bahan kitar semula dll.
So di pagi hari keempat yang indah di samping suasana yang nyaman, kitorang pergi berjogging ke sekeliling kampung. Haktuihh kau lah jogging HAHAHA jogging hapenyaaa, berjalan acah acah tourist jer sebenarnya hahaha :D
Pagi tuh, ustaz Nasir (Pengetua Madrasah) bawak kitorang jalan-jalan sekitar kampung. Memandangkan ini satu aktiviti yang sihat, so kita kena nikmati.
Bukan nak cakap apa, tapi pemandangan kat sini tersangat lah menenangkan. Kalau boleh, nak bangun dgn pemandangan mcm nih tiap hari pleaseeeee
* dengan harapan soulmate baca dan take note *
* okay sedar diri dah 22 tahun masih single hahaha *
Habis jer berjalan satu kampung, kitorang diajak untuk bertanding Bola Tampar. Kira fair lah kan, sebab semalam yang lelaki dah main bola sepak, dan harinih, yang perempuan main bola tampar pulak. Hewhewhew :D
Tengah tengah kitorang berenam berjuang (ecewaahhh berjuang lah sangat hahaha), ada beberapa orang yang membanting tulang teruskan sub-projek terakhir iaitu DIY. DIY nih, salah satu usaha #TeamBravo untuk ajar kanak kanak kat sana, untuk menghasilkan satu kraftangan daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Selesai main bola tampar, DIY Project, kitorang bersiap-siap untuk naik River Cruise dekat dengan area situ. Kitorang ronda ronda sekitar Tasik Songkhla.
Kalau korang nak tahu, boat kecil nih lahh yang tolong gerakkan cruise yang besar gabak tuh haaa.
Ehh, sebelum gerak, kita bergambar lah dulu. Hehehe
Okay, boat dah ready nak gerak, so kita pun dah ready lah nak bergambar hewhewhew :P
Gambar Cik Ayu sebelum Tragedi Abang Boat Penyelamat Topi terjadi hahahaha . Yang tak tahan, semangat bergambar sampai terbang topi tuh hahahaha . Selamat lah abang boat depan tuh sudi bantu dapatkan balik topi hahahaha
Bukan nak cakap apa, tapi pemandangan kat sini tersangat lah menenangkan. Kalau boleh, nak bangun dgn pemandangan mcm nih tiap hari pleaseeeee
* dengan harapan soulmate baca dan take note *
* okay sedar diri dah 22 tahun masih single hahaha *
Habis jer berjalan satu kampung, kitorang diajak untuk bertanding Bola Tampar. Kira fair lah kan, sebab semalam yang lelaki dah main bola sepak, dan harinih, yang perempuan main bola tampar pulak. Hewhewhew :D
Ehh, BTW, kitorang menang okayyy. Walaupun aku ada jugak lah dua tiga empat kali jadi punca, but okayyy apaa at least kewujudan aku merealisasikan 6 orang pemain mewakili Malaysia ecewaaahhhh hahahahaha :D
Tengah tengah kitorang berenam berjuang (ecewaahhh berjuang lah sangat hahaha), ada beberapa orang yang membanting tulang teruskan sub-projek terakhir iaitu DIY. DIY nih, salah satu usaha #TeamBravo untuk ajar kanak kanak kat sana, untuk menghasilkan satu kraftangan daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Selesai main bola tampar, DIY Project, kitorang bersiap-siap untuk naik River Cruise dekat dengan area situ. Kitorang ronda ronda sekitar Tasik Songkhla.
Kalau korang nak tahu, boat kecil nih lahh yang tolong gerakkan cruise yang besar gabak tuh haaa.
Ehh, sebelum gerak, kita bergambar lah dulu. Hehehe
Okay, boat dah ready nak gerak, so kita pun dah ready lah nak bergambar hewhewhew :P
Dua ketul nih teringin nak jadi model Mangga sebenarnya, tapi tuh laa, muka kurang commercial so kau penuhkan lah kamera team dengan gambar korang ehhh :P
Gambar Cik Ayu sebelum Tragedi Abang Boat Penyelamat Topi terjadi hahahaha . Yang tak tahan, semangat bergambar sampai terbang topi tuh hahahaha . Selamat lah abang boat depan tuh sudi bantu dapatkan balik topi hahahaha
Mashehh abang boat selamatkan topi :D
Apa jer lah benda bengong yang korang tak buat kan hahaha :D
Sebab ucop kata takde gambar dia langsung, tetiba aku jumpa ehhhhhhh
Sumpah laahhh korang berdua nih acah sangat hahaha :D
Sila perhatikan apa yang pelik dalam gambar di atas
IF YOU KNOW WHAT I MEAN HAHAHAHAHA
Kalau korang nak tahu, cruise nih ada 2 tingkat, di mana tingkat atas tuh, ada satu ruang yang besaaaaarrrr dan puas kau nak golek golek tidur hahaha :D
Tambahan, dia memang sediakan tilam dan bantal. So palageyyyy, memang bergaduh berebut bantal lah citer dia hahahaha
Memandangkan si Ucop nih haaa ditugaskan untuk menghasilkan High Impact Video makanya kitorang di bawa ronda naik bot kecil. And the best part, aku berjaya pujuk Pengarah supaya aku boleh pergi hahahahaha :D
Kitorang singgah kat satu kampung, berjalan sekitar kampung, semata untuk dapatkan view yang Ucop nak. Ecewaaaahhhhh kemain kauuu :D
Since tak plan pun nak pergi kampung tuh, so memang tak bawak cash langsung. Dan alhamdulillah, encik Pengarah baik hati belanja air dan jajan hiks :P
Okayyy settled berjalan sekitar Tasik Songkhla, tiba lah masa untuk balikkkk ke Madrasah dan prepare untuk aktiviti seterusnyaaa :D
"Ehh bila nak balik nih, asyek bergambar dari tadi"
Kata Syahidah Chetak yang mental hahahaha
Okay, aktiviti terakhir untuk hari keempat wehuuu :D
MALAM KEBUDAYAAN BRAVO 2018
Untuk malam kebudayaan nih, haaa team CC busy lah jugak sebab malam penyampaian sumbangan yang berjaya kitorang kumpul dan bawak dari Malaysia. Alhamdulillah, happy tengok bebudak berebut nak amek hadiah dari kitorang. Heeee :D
Selesai penyampaian hadiah, kita sambung dengan persembahan dari Malaysia (Team Bravo) dan Thailand (Pelajar Madrasah).
Persembahan dari Team Bravo, merupakan tarian tradisional dan dikir barat.
Muka lawa, menyanyi pandai. Memang pakej lahh bebudak nih :')
Haa makcik makcik bawang tengah busy buat live IG lah tuuu. Tak pun, tgh teruja tgok persembahan so rekod jangan tak rekod hahaha
Malam terakhir yang penuh dengan drama sebenarnya. Ada yang menangis, ada yang ketawa. Tapi hati manusia kan, nampak ketawa tapi dalam hati, penuh dengan seribu rahsia.
Yang penting, kita kena teruskan kehidupan dengan semangat yang tinggi. Tak kisah lah kita jatuh dalam mana, kita kena bangkit dan dapatkan semula kekuatan. Sebab Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita, kan :')
Malam sebelum balik Malaysia, kitorang tak tidur pun. (Tapi ada jer yang tertidur tersengguk-sengguk dalam library sepanjang post-mortem buat kali terakhir tuh.)
Walaupun asalnya, aku yatt kak iman ada plan lain, sampai ke sudah plan tuh tinggal plan jer hahaha tapi takpe lah kan, mungkin ada masa lagi di masa depan untuk laksanakan plan tuh. Hiks :D
Muka redhaaa bersengkang mata hahaha :P
"Haa kau sabajap, aku tengah buat video high impact nih."
-Ucop-
"Apa pandang-pandang? Aku lempang kangggg!"
-Zahid-
"Biarkan diorang sakit kepala nak menjawab. Yang penting, kita selfie dulu hihihi."
-CC-
Habis jer pembentangan semua kluster, post mortem diakhiri dengan perlantikan Majlis Tertinggi BRAVO 2.0.
Tahniah diucapkan kepada PKK Khairul Asyraf atas perlantikan sebagai Pengarah. Semoga semuanya dipermudahkan okayyy !
DAY 5 : 28 MAC 2018
Hari terakhir di Bumi Thailand.
Pagi tuh, kitorang bersarapan kat Restoran kepunyaan Ustaz Nasir. Dan pagi tuh, perut aku buat hal ish ish ish salah timing betul. Tak pasal pasal aku makan sikit jer pagi tuh sobssss :'(
Ex Pengarah ft Pengarah Baru !
Sedih, happy, lega, bersyukur semua adaaa. Almaklum lah, semuanya hampir berakhir. Tinggal satu jer lagi, iaitu Pembentangan Projek di Pejabat Konsul Songkhla. Sebelum kitorang bergerak ke Pejabat Konsul, kitorang singgah pantai berdekatan situ terlebih dahulu.
(Memandangkan gambar unit CC jer yang ada, makanya gambar kitorang jer lah ye yang aku post hahahahahahaahahaha)
Okay tipu jeeee. Godek godek jumpa gambar yang lain hahaha !
Ada lah dalam 30 minit, kitorang stay kat pantai, sebab nak isi masa sebelum ke pejabat konsul. Then, bila dah tiba masa untuk berkumpul dan bergerak ke pejabat konsul, baru sedar yang,
Someone's missing !
Punya lah kalut, tak tau nak cari mcm mana. Sebab manusia yang hilang nih, seketul manusia yang takde mobile data (sebab dia menharapkan hotspot member hahaha), tak boleh nak call.
So disebabkan pembentangan perlu diteruskan, so kitorang pun decide untuk hantar satu team untuk cari manusia yang bertuah itu.
Team yang gigih tuh pun kembali ke pantai, bukak hotspot dengan harapan manusia bertuah tuh akan ter connect dengan hotspot tuh. Hahahaha
Cari punya cari, alhamdulillah jumpaaaa.
Jumpa masa manusia bertuah tuh nak pergi tandas pulakk.
Sesi pembentangan pun diteruskan. Setiap ketua kluster ditugaskan untuk bentang projek-projek yang dijalankan. Alhamdulillah, pembentangan berjalan lancar dan mendapat pujian dari General Konsul.
Haaa yang belakang tuh membuta lah tuuu. Ingat tak nampak ke? Hihihi
Selesai pembentangan, kitorang dijemput makan. (Ehh orang kat belakang dah makan dulu, tak tunggu Pengarah hahaha. Almaklum lah, Pengarah nak amek gambar, nak post kat FB hihihi)
Makan free uollsss :P
Ehhh terlupa pulak nak share siapakah insan yang bertuah tuh :P
So here he is !
Nik Ali Imran.
Manusia bertuah yang kena tinggal sebab tertidur dalam surau kat pantai. Hahahaha nasib kau lah ali, memang aku takkan lupa lah kan tragedi kau hilang hahahaha
Okay selesai kisah Ali hilang, selesai kisah pembentangan, kita almost nak balik huhuhu. Tapi sebelum balik, kitorang diberi kesempatan untuk shopping sekejap.
Aah, aku kaklong dgn Ucop shopping kat 7eleven hahaha
Teringat ayat Ucop;
"Haaa nih memang Tesco pun!"
Hahahahaha kaklong is sooooo funny :D
Dia punya gilaaa, sampaikan dia borong banyak namampus maggie dan burger hahahaha. Dengan aku aku sekali terjebak dengan beli burger pastuh gigih habiskan dalam bas.
Tapi sumpah maggie yang kaklong beli tuh sedapppp !
* tetiba rinduuuuu *
Sampai jer kat Hat Yaaii, kitorang menunggu bas yang akan bawak kitorang balik Malaysia. Ya, di sini lah bermula nyaaa konflik hiks
(Haaa yang tahu tuh, ambil pengajaran lah ye hihihi)
Yang kelakar masa sebelum nak naik bas, gelabah ayam cari souveniers dengan 2 ketul mamat penunggang; Zahid Hamidi dgn Mujahid Hanapi. Gigih korek duit Baht yang tinggal semata nak beli tshirt. Hahaha
Then, alhamdulillah, selamat sampai KL around 5 pagi.
Pagi tuh, semua tidur tak ingat dunia. Penat sangat berjalan sampai nak turun makan pun malas. Makanya, kita menagih simpati makanan dari bilik paling senior, C312.
Siapa lagiii, kalau bukan bilik kaklong. Makan maggie pulak tuuu hahaha
Bak kata Ana,
I wuz here.
Here in Bumi Phattalung. Pak Payoon. Thailand.
Great Experiences, with Great People.
May Allah bless us :)
Thank you everyone, for this unforgettable moments of my life. Precious moments of mine, great life lessons. I wish i could come back, for better reasons. Hiks :P
Kepada mak ayah, terima kasih benarkan akak pergi.
Kepada The Chetaks', terima kasih sebab sapot aku, dengar aku bebel.
Kepada sahabat, terima kasih sebab selalu back up aku, bagi kata-kata semangat especially masa kena marah dengan MT huhuhu
Kepada Team Bravo, terima kasih ajar aku banyak benda. Dari sekecil-kecil pertolongan, sampai lah yang susah aku nak dapat kat tempat lain. Sayang korang ngat ngat aihhh :D
Kepada readers, terima kasih sudi baca. Harap korang terhibur. Yang baik korang simpan, yang buruk korang buang jauh jauh.
In case korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh follow okayy:
IG : bravo_project
FB : Bravo Project
Okay, cukup sampai sini. Nih cerita aku, cerita korang? Hiks :P
Thank you Pak Payoon :')
Sekian, Assalamualaikum.
Asshra.













































Comments
Post a Comment