Posts

Showing posts from July, 2019

End of Internship, Road To Convocation !

Image
Assalamualaikum fairies :) (gaya macam ada jer orang baca blog kan hahaha) Baca caption mesti dah boleh agak kan, apa yang aku nak cerita untuk post kali nih. Yeahhhh, aku dah selesai wehh 8 semester, 4 tahun pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Alhamdulillah, semuanya Allah dah permudahkan. Aku bersyukur sangat, semuanya berjaya aku selesaikan. Aku pilih untuk buat internship masa semester 8 sebab aku rasa aku tak sanggup nak masuk belajar balik plus, member susah senang degree aku pun pilih untuk buat time semester 8. Memandangkan aku memang bonding dgn Agrobank, so aku memang tak fikir tempat lain lah untuk buat praktikal. Pada awalnya nervous jugak sebab takde member. Tapi nak tak nak, dalam hidup kita kena berdikari jugak dan tak boleh nak harapkan semua orang akan ada untuk kita. Kan? Aku start internship 11.2.2019 (hari Isnin). Ikut tarikh yang fakulti tetapkan. Fresh lagi dalam ingatan aku, hari pertama melapor. Hari pertama aku jumpa dan berkena...