Bumi Phattalung : The Journey Begins (Part 1)

Assalamualaikum

Dalam hidup nih, setiap orang ada target dan cita-cita sendiri. Dalam usaha nak kejar dan kecapi impian, macam macam yang kita boleh buat. Tak kisah lah dengan apa cara sekali pun. Kenkadang tuh, ada yang jadi kurang waras dalam membuat keputusan. 

Manusia, Allah selalu uji.
Dan setiap ujian yang dikenakan, berbeza mengikut kemampuan manusia itu sendiri. Mungkin kita rasa, ujian yang Allah turunkan kat kita, dah cukup sukar. Tanpa kita sedar, ada manusia lain di luar sana, Allah turunkan ujian lagi hebat.

Sebenarnya, kita semua kuat. Cuma kita jer yang kurang yakin dengan diri kita sendiri. Bukan apa, kita terlalu negatif dengan kemampuan diri sendiri. Paranoid dengan diri sendiri, mungkin?

So cerita sebenar, pelajar dari Kolej Kediaman Dayasari khususnya PALAPES Laut UM telah diamanahkan untuk laksanakan satu projek bertaraf antarabangsa. Hasil brain storming pengarah dan MT yang lain, maka satu Misi Kesukarelawanan Antarabangsa di Thailand dipilih.


Sebelum datangnya 23 Mac 2018, bermacam macam dugaan yang diturunkan. Kalau nak diingatkan semula, banyak betul halangan dan cabaran yang terjadi sebelum keberangkatan ahli BRAVO ke sana. 

Dari arahan pertukaran Pengarah, pergaduhan bersama felo penasihat sampai left group, tuh belum bakulan carutan yang diterima, dengan dokumen last minute baru nak submit. Sampai lah satu saat tuh, terdetik dalam hati aku,

"Tetiba kita semua tak dapat pergi Thailand."

Tapi, alhamdulillah, berkat kesabaran, ketabahan dan kekuatan yang ada dalam diri setiap orang ahli BRAVO, berjaya juga misi ini dilaksanakan. Well, we should proud with ourself :)

Okay, so lets start the journey !


Pada awal nya, tak terfikir pun nak masuk Unit Komunikasi Korporat (CC). Sebab lebih tertarik dengan Kluster Krisis dan Bencana (KB). Tapi, masa pemilihan kluster, Pengarah sendiri minta aku masuk CC sebab aku ada kabel untuk post aktiviti projek kat Akhbar. So, aku ikutkan jer, dan aku tak menyesal langsung :D

Pada awalnya, kitorang berempat, tapi akhirnya kekal bertiga sebab seorang ahli tarik diri atas beberapa masalah. But still, everything is under control ecewaaahhh. Hahaha




Well, thanks to Kluster IT sebab menghasilkan Profile DP yang super duper lawaaa. Walaupun nih Profile DP kedua (yang pertama punya, kitorg pakai uniform Navy tp tak dibenarkan post atas sebab-sebab tertentu). It was awesome guys ! Mashehhhhh !



DESIGN SIJIL PENGHARGAAN


So antara task yang diberikan kpd CC, selain dapatkan contact no wartawan, akhbar etc, adalah men-design sijil penghargaan setiap AJK dan peserta. Antara part yang annoying masa siapkan nih, Adalah nak deal dan memenuhi permintaan pengarah yang hidh demand mak oiii. Dia nak background gambar kapal so that nampak lah Navy tuh. Tak cukup dengan tuh, dia nak kat sijil tuh, ada 3 pengesahan. Since kitorg nih org bawahan jer kan, so kita pun realisasikan lah permintaan dia. Alhamdulillah, walaupun terdapat sedikit cacat cela, saya selaku designer utama sijil (cehh nak jugak tuh hahaha) berpuas hati dan sangat happy dgn hasil kerja tangan CC wehuuuu :D

CENDERAMATA VIP


Next, kitorg kena settle kan cenderamata untuk VIP. Tp part nih tak susah sangat pun sebab pengarah dah tolong deal dgn pekerja Kedai Cenderamata UM. Kerja kitorg, tinggal nak ambil, bawak ke Thailand jeee. So takde lah payah mana. Alhamdulillah :)



Temubual bersama NTV7




Alhamdulillah, berkat usaha Pengarah, kitorang berjaya dapat slot temubual untuk disiarkan dalam Berita NTV7. Terima kasih diucapkan kepada Kak Wa dan team NTV7 atas kesudian menemubual beberapa wakil Bravo. 

PERJUMPAAN BERSAMA THE OCEANS (PKK ARI)


Perjumpaan yang sepatutnya aku join sekali, malangnya tetiba ada kelas ganti masa tuh. So aku mintak beberapa org dri kluster lain jugak untuk join berbincang dgn PKK Ari (The Oceans 18) yang merupakan salah seorang pekerja di KASTAM. Pada mulanya, susah jugak nak contact PKK Ari sebab dia agak busy. Setiap kali aku call jer, mesti dia akan kata,

"Syahidah, I'll call you back later."

Tak pun,

"Syahidah, can you call me back later? My boss is here right now."

Haaa gituh lah, kalau kau nak deal dengan org bekerjaya nih. Dan nak tak nak, kau kena lah faham dan berusaha sehabis baik untuk dapatkan temujanji jugak. Macam kes aku, sampai lah dia fed up, aku pun fed up, then dia cakap;

"Okay syahidah. How about this? I think kita kena jumpa lah. Apa kata hari isnin depan? You decide the place. Then, I'll come over. I'll be around Bangsar this Monday."

So aku pun tanya Zahid (sebab dia ada depan aku maca otp), dia pun cadangkan Old Town White Coffee kat Bangsar South. And alhamdulillah, everything was good and be eased.

PERJUMPAAN BERSAMA PANORAMA TV1


Perjumpaan bersama Panorama nih, Erni yang deal kan. Sebelum nak melangkah masuk Angkasapuri, aku dgn yatt nervous lah jugak. Tambah pulak masa tuh, suara aku hilang. Tak ingat sebab apa.

Ingatkan perjumpaan nih akan jadi serius dan menyeramkan. but it turns out to be entertaining and full of advice. Banyak gila input yang pihak panorama share dalam nak laksanakan program misi kemanusiaan.

And one of the best part, diorang siap share tips utk kembalikan suara sebab diorang kesian dgr suara aku yang nak tak nak keluar. Hahaha

Tips: Minum Tea O Ais Limau

Dan antara yang best jugak, diorang hidangkan Churros masa meeting tuh. Dengan tak sedar diri suara mcm tuh, aku jugak lah yang jadi tukang habiskan Churros tuh. Hihihi

PERJUMPAAN BERSAMA IRO


Kitorang ada dapat 'special' task dari Pengarah. Dia mintak tolong kitorang untuk dapatkan maklumat, macam mana nak laksanakan MOU. So kitorang pun redah International Relation Office kat Bangunan Canseleri, then set up a meeting dgn officer kat sana. Alhamdulillah, we gained all the information and also the sample of a MOU.

TEMUBUAL BERSAMA TRAXX FM


Okay, yang bab Traxx FM nih, memang aku bagi kepercayaan sebulat-bulatnya pada anak buah aku jer. Sebab aku tahu, diorang boleh handle. And yes ! We got a slot !

Big thanks to Hazwani Hasim sebab jadi wakil Bravo untuk ditemuramah sepanjang slot tersebut. Goshhhh, aku adore betul dgn slang Wani. Sedap bhaiiii. Tak sia-sia angkut dia sebagai wakil. Dah laa cantik, speaking superb :D

KERATAN AKHBAR PRE-MISSION




Nih merupakan antara keratan akhbar yang ada menyiarkan berkenaan program kitorang, sebelum bergerak ke Thailand. Alhamdulillah, imma proud mummy :D

Walaupun, waktu akhbar online dipublish, masa tuh kitorang mendapat hentaman yang agak hebat sebab salah masukkan no akaun bank, selamat lah anak buah bijak bestari untuk buat perubahan. Thank you babies :*

______________________________________________________________________

Okay, tuh laa serba sedikit perkongsian tentang task-task yang kitorang, CC kena buat. Nampak macam senang, tapi boleh tahan mencabar sebab kitorang banyak berhubung dgn org luar. Plus, unit kitorang selalu jugak lah dapat tugasan bidan terjun. Tetiba kena buat. Hahaha

_______________________________________________________________________

Okay, lets move on to the next one !

Sebelum kitorang bergerak ke Thailand pada 23 Mac 18, satu majlis yang dinamakan Flag Off dijalankan di Ballroom, Kolej Kediaman Dayasari. Satu majlis simple yang diadakan lebih kurang jam 10 pagi, adalah bertujuan sebagai simbolik kepada amanah dari Pengetua kepada kami.


Macam biasalah, Pengarah kan kuat sembang hahaha :D


Ehh, Skuad Gempita dan Perkasa yang tidak terlibat sebagai peserta pun turut serta memeriahkan majlis Flag Off ! Thank you for your support !


Acara simbolik perasmian yang dirasmikan oleh Pengetua Kolej Kediaman Dayasari. Bravo Zulu Team !


JTK PALAPES pun turun support guys ! Thank you Sir !





Ohh yeahh, sempat bergambar dengan roommate :D


And alhamdulillah, majlis simple yang diadakan disempurnakan dgn penyerahan Bendera Bravo kepada "Advance Party Team" yang akan bergerak 2 hari awal daripada yang lain.



Majlis Flag Off pun selesai, maka misi bermula !

Perjalanan ke Pak Payoon bermula seusai bas tiba di Kolej Kediaman Dayasari. Lebih kurang jam 11 malam, 2 buah bas bertolak ke Utara. Team Bravo dibahagikan kepada dua team. Di mana, team Passport Berkumpulan dikehendaki untuk sentiasa bersama :D







Okay, kitorang dah sampai jer kat sempadan, dah amek semua volunteer dari Yayasan Salam, kitorang beratur untuk check in Thailand pulak. Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kat orang Thailand yang banyak bantu untuk memudahkan pergerakan kitorang.





Dalam 3 jam jugak lah nak sampai dari sempadan ke Madrasah Ansori Al-Sunnah. Sampai jer, kitorang disambut meriah oleh pelajar sekolah dan penduduk kampung. Ohh tak lupa jugak, Team Advance Party pun ada sambut kitorang. Hewhewhew

Sampai sampai, letak beg, terus berkumpul dekat library untuk sesi taaruf terlebih dahulu. dah settled, baru kita makaaaan !












Okay, so hari pertama, selepas briefing, unpack barang, ada majlis kecil-kecilan di Musolla Madrasah. Dan kami dihidangkan dengan berbagai jenis kudap-kudapan yang manis lagi menarik. Thank youuuu !


Sampai-sampai, amek gambar dulu! 










Hari pertama dapat tomyam putih gais :D


Okay cukup dulu sampai sini dulu. Nanti aku sambung kat Part 2 okay !

Sekian,
Asshra.

Comments