Dugaan Ramadhan
Assalamualaikum
So, harinih kita dah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan, iaitu malam ke-22 Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk kita sama-sama menikmati keindahan bulan Ramadhan.
Bagi seorang syahidah chetak, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dia suka, paling dia rindu, dan paling dia nanti-nantikan. Nak tahu tak sebab apa? Sebab dalam bulan yang mulia nih, kita akan berusaha untuk dekatkan diri dengan Allah, kita berusaha untuk buat kebaikan sebanyak yang boleh, kita berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya dan kita berebut-rebut untuk lipatgandakan amalan.
Sebenarnya, kita beruntung jikalau dalam bulan Ramadhan nih, Allah hadirkan rasa keinsafan dan rasa ingin tunduk kepadaNya. Kita patut jadikan bulan yang mulia nih sebagai platform untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan andai sudah jauh tersasar.
Ini bukan hipokrit, yang ada sesetengah orang kata, "Bila bulan Ramadhan baru kau nak jadi baik." Tak sepatutnya kita bersangka sebegitu. Tahu sebab apa?
Sebab kita tak pernah tahu amalan dia dalam diam, kita tak pernah tahu apa yang ada dalam hati dia, kita tak pernah tahu apa yang jadi dalam kehidupan dia sepanjang tahun. Kita tak tau semua benda tuh.
Manusia,
Cuba tahu menghukum dan menilai tanpa mencerminkan diri sendiri.
__________________________________________________________
Ramadhan tahun nih, agak menduga keteguhan, kesabaran dan ketabahan aku sebab bermacam perkara yang terjadi. Ada yang membahagiakan, dan pastinya ada yang menyakitkan.
Ramadhan tahun nih, banyak ajar aku tentang banyak perkara. Sampai lah suatu masa, aku taknak Ramadhan itu pergi.
Tapi aku tahu, nak tak nak, Ramadhan tetap akan pergi.
Semoga Allah masih berikan peluang untuk terus menikmati keindahan Ramadhan.
Sekian, Assalamualaikum.
Asshra.

Comments
Post a Comment