AIDILFITRI 1439H

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.


Alhamdulillah, cukup sebulan, Ramadhan dinikmati dan puasa dihayati. Untuk tahun ini, banyak benda yang aku belajar dan aku bangga untuk terus berusaha jadikan Ramadhan sebagai permulaan untuk kembali ke pangkal jalan. Semoga istiqamah dearself !

Ehh, aku tak nak citer pasal Ramadhan. Kali nih, aku nak share apa yang kebiasaannya aku buat di Hari Raya. Haa, kalau tak berminat nak tau, pura-pura lah mcm excited. Appreciate sikit effort aku hahaha okay tak, gurau jeee.

Okay, selalunya family aku akan balik Melaka untuk beraya sejak Opah pindah Melaka. Sepatutnya, sebelum sebelum nih memang balik Behrang Stesen, Perak. Tapi Opah is no more there, so kita beralih arah laa hehehe (acah jadi org Melaka gituhhh).

Kebiasaannya, memang selalunya, kitorg shopping raya memang masa Malam Raya. Dan masa tuh laa, kegigihan terserlah ronda satu Melaka demi mencari baju raya. Kitorg bukan jenis yang suka beli awal. Almaklom lah, memasing pun ada hal sendiri dan malam raya baru boleh nak pergi cari baju. Dan paling penting, malam raya selalunya semua benda pun harga turun.

Macam malam tadi, kitorg pergi tempat wajib pergi tiap tahun, belakang bangunan UiTM Bandaraya Melaka. Seperti biasa, akan ronda dari hujung sampai hujung jalan. Untuk tahun nih, berjaya lah grab pin tudung 20 biji dgn harga RM10 dan kasut raya 2 pasang dgn harga RM30.

Okay, beralih ke Hari Raya Pertama, kitorg akan bangun pagi then kelam kabut bersiap (sbb selalunya mmg Chetak Family nih paling liat nak bangun pagi kalau compare dgn family Paksu hahaha) maka mula lah suara suara membebel suruh cepat takut tak sempat sembahyang raya.

Dua tahun lepas, kitorg solat kat Masjid Beijing. Jangan tanya aku kat mana sebab kerja aku dalam kete bukan perati jalan tp perati jee phone tuh haa. Hahaha

Dah habis sembahyang raya, kitorg balik rumah dan mula melantak. Dah kenyang, maka kita teruskan dengan aktiviti bergambar kenangan. Favourite place, of course lah ruang tamu rumah Opah. Tak rajin lah nak pergi buat outdoor photo shoot. Hahaha

Untuk tahun nih, sepatutnya bertemakan warna Emerald Green, malangnya, dah beli baju raya pun last minute so haaahhh kau lupakan tema tuh, dan ia bertukar menjadi HIJAU. Asal hijau, kita onnn. Kau tgok lah nanti gambar raya aku upload. Hahaha

Okay mcm tahun lepas, hari raya pertama kitorang, kitorg pergi tengok wayang jer. Nak tahu sebab apa? Simple. Nih bukan kampung asal kitorg, makanya takde pun sedara mara yang duduk area sini untuk diziarahi. So disebabkan memasing dah kepishangan, maka keluarlah idea menonton wayang bagi mengisi kekosongan masa hahaha

Untuk tahun nih, kita tengok dulu mcm mana. Kalau ada plan lebih baik, kita proceed. Kalau tak, jejak kaki kat Mall lagi lah jawab dia hahaha (jangan tanya mall mana sebab aku pun tak tahu hahaha).

Haa jam pun dah pukul 2 lebih, baju melayu ayah dah siap basuh kot. So im going to end this here, ill upload my SUASANA HARI RAYA soon, tunggu dan lihat kayyy :p

Last but not least,
(ehh mesti lah selit ucapan raya hihihi)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Aidilfitri yang diraikan bersama yang tersayang bertambah indah dan ikatan kekeluargaan menjadi utuh pada tahun ini. Salam Lebaran, jemput lah ke rumah untuk beraya. Papepun, mohon roger kalau nak dating kayyy.

(Ehh, aku recycle gambar wedding Cik A jer sbb gambar raya tahun nih takde lagi hahaha)

Sekian, Assalamualaikum.
Asshra.

Comments