Xiaomi Mi 3

Assalamualaikum dan haluuuu

So, memandangkan aku tengah bercuti semester (walaupun 2 minggu jer), maka dengan itu, aku ada lah banyak sikit masa terluang untuk selaaaaluuuu update blog yang takde orang baca nih ngeh ngeh ngeh
(well, aku buat blog pun asalnya untuk aku baca balik jer sebenarnya so no readers? its okayyy, im fine with it :p)

Harinih, aku nak cerita pasal phone aku sebenarnya. Sebab phone nih ada lah antara yang paaaaliiiiingggg banyak berjasa dengan aku. Takde phone, maka separuh nyawa seorang syahidah chetak hilangggg. Gituhhhh, acah sangattt :p

Aku pakai phone nih, sejak phone lama punya speaker rosak. Tapi tak ingat lah model phone lama apa sebab dah lama sangat :D

FYI, phone aku jenama Xiaomi Mi 3W.

Masa memula beli, aku mcm risau gak sbb jenama Xiaomi nih baru dan tak ramai orang pakai. Tapi sebab aku yakin jer dengan abang aku (aku bank in duit, dan suruh dia jer yg beli sebab masa tuh aku study kat Changlun, Kedah). But now, ramai dah pengguna Xiaomi. Dan Xiaomi pun dah banyak keluarkan phone yang canggih di samping harga yang mampu beli. So, boleh laa korang try usya feedback orang di luar sana pasal Xiaomi nih. FYI, Xiaomi nih China Brand.


Ingat lagi, aku dapat phone nih masa 30 Ogos 2014. Dan aku sangat excited sebab esoknya tuh, 31 Ogos 2014 aku ada gathering dengan member sekolah sebelum Shifaa' nak berangkat ke Jordan untuk sambung study. 

And alhamdulillah, aku still guna phone nih sampai sekarang. Walaupun kenkadang dia buat perangai, selalu hang, memory storage selalu full and byk lagi lah masalah dia. Tapi aku sangat lah berat hati nak tukar.

Almost 4 tahun jugak lah guna phone nih dan alhamdulillah masih okay walaupun ada certain things tuh tak compatible tapi aku sangat berpuas hati sampai sekarang. Aku macam sangat lah suka dengan Xiaomi punya system sebenarnya.

Thats why kalau aku jumpa memana insan guna Xiaomi aku automatik akan tertarik untuk tahu feedback diorang. Sebab sepanjang aku guna phone nih, baru dua kali lah dia buat hal yang betol-betol mengecewakan.

Sekali, masa aku pertengahan semester harituh. Mikro Cip utk Power button problem. Aku hantar lah kedai mintak dia repair and alhamdulillah okay dah. Terbang lah jugak RM120 sebab repair mikro cip tuh. But better lah daripada nak kena cari phone lain.

Another incident, semalam. Aku pegi UM semalam untuk hantar junior pegi ACT Fasa 3, then uruskan few things. Suddenly, masa aku cucuk kat powerbank, phone aku mati terus walhal bateri ada 19% lagi masa tuh. At first tak panic tp bila aku pegi kedai beli USB baru, aku try cucuk kat charger kedai tuh, still tak on jugak, mula lah aku gelabah. Tuh yang datang idea gila, pegi rumah orang, semata nak charge phone yang akhirnya tiada hasil. Disebabkan tak berjaya jugak, malam tadi aku mintak adek hantar kedai, suruh dia cek apa yang problem. Rupanya Bateri dia problem dan tukar bateri baru. Terbang lagi RM70. Tapi takpe lah kan, mak yang bayarkan. Hadiah birthday kata nya. Kemain awal aku dapat hadiah birthday hahaha (kalau tahu, mintak phone baru terus hahaha)

SO basically, sepanjang almost 4 tahun nih, baru dua kali lah internal system dia problem. Not bad kan? And honestly, im proud with this phone sebab dia lah gadget yang paling lama bertahan dengan aku buat masa nih ngeh ngeh ngeh

Walaupun kenkadang tuh aku stress dan selalu ugut dia nak beli phone baru hahaha tapi nak buat cemana, budget tak cukup lagi nak beli baru. Banyak lagi benda yg necessary yang terpaksa aku dahulukan instead of buying new phone, so please bertahan lagi okay :D

Jenis aku, aku sangat sayang barang aku (even kenkadang nampak macam tak sayang hahaha). Mana taknya, almost 4 tahun weh aku guna phone nih. Orang kata, gadget nih biasa paling lama 2-3 tahun jer bertahan. I doubt that hehehe

Its all about how you take care of it, i guess. Macam aku yang jenis 24/7 dengan phone (due to works and others) so aku memang sangat lah menjaga phone. I recently clear up caches, transfer gambar or doc in the phone to the laptop/hard disc. Sebab storage phone aku 16gb jer, so memang kena selalu transfer.

And aku jarang simpan gambar lelama dalam phone. Thats why kalau aku buat throwback, aku buat banyak terus kahkahkah

Ohh selalu jer orang kata aku jenis yang tak boleh renggang dengan phone. Aku pun mengaku sebab i do have lots of commitment out there (im a busy woman, gituhhh). So memang kena selalu berkepit.

Pernah jer nak try, "A Day Without Phone" unfortunately, its failed :D
I just cant live without phone hahaha ye lah, sometimes ada jer kerja ots kena siapkan, info kena sampaikan. Macam takde life kan? This is my life.

Nih phone lama, yang kaler biru tuh hahaha :p

But surely, im improving myself. Kalau dengan family, aku takde lah all the time with the phone. Bila tengah gathering, aku letak tepi lah jugak. Tengah tgok wayang, i put on silent and focus on the movie. Tengah makan, aku tolak tepi phone sebab perut lagi penting (tapi kalau makanan tuh menarik, kita kena lah amek gambar dulu hahaha)

Ohh disebabkan aku tak berenggang dengan phone, selalu lah jugak tersenyum tersengih tergedik masa main phone. Ramai lah jugak yang assume ada boipreng tapi sesungguhnya, sangkaan itu meleset. Got time for it but not interested (ayat cover, padahal takde orang nak sobss ehh silap ada orang nak tapi macam taknak kat dia sebab nak kat orang lain ehh complicated lah hahaha). Sometimes, ada certain group whatsapps yang buat lawak bodoh, topik yang dibincangkan mencuit hati etc. Normal lah kan? Takkan lah korang tak pernah buat hahaha :D

Macam banyak pulak aku bebel, so im gonna put an end for this. To those yang nak beli phone, set a target that you'll be using the phone for 5 years ahead, so choose wisely, do lots of research and ask for others opinions okay. Its important and it will help you a lot ! 

Sekian, thanks for reading :p
Asshra. 

Comments