Azam 2018

Assalamualaikum

Hai hai hai dan hai :)

Alhamdulillah, ive finished my 5th semester.
Syukur alhamdulillah ive faced it.



So harinih nak share sedikit. Berkaitan AZAM 2018. Yang mana maybe bg certain orang, bunyi macam cliche tapi bagi aku, bermakna sangat sangat sebab kita kena mulakan sesuatu yang kita sendiri tak pernah buat in order untuk perbaiki diri sendiri.

Tahun 2018, merupakan tahun ke-22 aku hidup dalam bumi Allah nih. So, nak tak nak kena lah ada kesedaran yang segala apa yang Allah kurniakan adalah pinjaman semata-mata. Dan sesungguhnya, kita sebagai hamba Allah takde hak pun untuk pertikaikan setiap apa yang Allah bagi kat setiap seorang di muka bumi ini.

So harinih sebelum aku nak bercerita panjang pasal Azam 2018, aku nak share sikit pengalaman yang aku belajar sepanjang tahun 2017 yang memberi impak sangat besar dalam diri aku. Mungkin pada certain org, nampak simple dan biasa. Tapi di mata aku, sangat bermakna dan berharga.

Satu hari, aku tengah scroll instagram, then aku terbaca sorang member intesaber aku, dia letak something dalam story dia pasal TAHAJJUD. Dalam story tuh dia bgtau, dia nak achieve at least seminggu sekali dia akan buat.

Tahu tak apa reaksi aku bila baca story tuh? Aku mcm persoalkan. Kenapa seminggu sekali? Kenapa bukan setiap hari? Aku persoalkan tanpa aku pandang dan fikirkan tentang achievement aku sendiri. Aku lupa nak tanya diri aku sendiri, "kau perform tahajjud tiap hari ke? Ke time exam dgn bulan puasa jer kau perform?"

Inilah manusia yang lalai. Mudah mempertikai tanpa pandang kelemahan diri sendiri. Then sekarang aku sedar, no wonder aku jarang nak rasa tenang, selalu nak bad mood, selalu merungut. Semua nih berpunca dari hati. Semua nih berpunca dari sikap aku sendiri.

Dulu masa sekolah, aku rasa banyak amalan yang aku buat sbb aku ada orang-orang sekeliling yg tak putus ajak aku topup pahala dgn pelbagaikan ibadah. Dulu masa sekolah, senang jer nak bangun awal pagi, sujud pada Allah. Dulu masa sekolah, mudah jer nak berzikir basahkan tekak dengan nama nama Allah. Dulu masa sekolah, mudah jer melangkah ke mana mana majlis ilmu.

Semua tuh masa sekolah, masa aku ada suatu perasaan yang kalau aku nak berjaya, aku kena perbaiki hubungan aku dengan Allah. Dulu aku sedar, aku takkan berjaya kalau aku lalai dalam beribadah. 

Mungkin, dari setiap apa yang jadi sepanjang 2017, Allah nak tunjuk kat aku. Apa akan jadi bila aku mula lalai dan alpa dengan urusan dunia sampai aku tiada masa untuk urusan akhirat. Selalu mendahulukan perkara dunia daripada mendahulukan perkara akhirat.

Selalu sangat aku melalaikan diri dengan habiskan masa dengan scroll instagram, dengar lagu kat youtube, scroll twitter, tweet benda yang sia-sia. Selalu sangat.

Sampaikan, aku lagi sayangkan waktu tidur drpd spend masa dengan Pencipta. Lalai nya aku dengan Allah. Gagalnya aku untuk istiqamah dengan segala amalan yang aku pernah buat dulu. Susah nya aku untuk habiskan masa kosong dengan membaca love letter.

Yang penting, beza nya syahidah yang dahulu dengan yang sekarang.
Sedih dengan diri sendiri sebab mempunyai iman yang sangat lemah dan gagal untuk pupuk diri sendiri dengan sifat mahmudah dan terus menerus melakukan perkasa yang mazmuzah.

Itu yang sepanjang 2017, Allah duga aku dengan pelbagai musibah, Allah duga hati aku dengan berikan aku apa yang aku lemah, Allah bayar cash semua tuh. Sebab apa? Sebab salah aku sendiri yang menjauhkan diri dari Allah.

Salah aku sendiri sebab gagal untuk menilai baik buruk dan gagal untuk istiqamah buat baik. Kenkadang, aku tahu benda tuh tak elok, tapi hati aku selalu bersikap "takpe, orang tak pandang. tak salah pun apa yang aku buat. orang tak nampak pun." 

Gagal kan hati aku untuk buat keputusan yang baik? Gagal sangat diri aku untuk terus patuh dgn syariat Allah tetapkan. Aku still ikut perkara yang tak baik. Dan paling sedih, bila Allah terus ubah kau menjadi seorang yang seolah-olah jahil segala perkara walhal setiap ilmu dan perkara yang baik dia sendiri pandai beza.

Itulah pengajaran untuk tahun 2017. Dan kalau boleh, aku dah taknak habiskan air mata untuk kegagalan yang datangnya dari diri aku sendiri. Aku nak berubah. Aku nak didik untuk istiqamah. Aku nak jadi seorang Allah selitkan nama sebagai penghuni syurga. Doakan aku ye :)

So, untuk bangkit di tahun 2018, aku letakkan 3 perkara utama yang bagi aku, aku perlu ubah serta merta.

AZAM 2018

1. Jangan membazir

Mungkin perkataan membazir nih, nampak simple. Tapi, dari membazir lah, Allah tarik nikmat yang kita akan dapat. Drpd Allah murahkan rezeki, Allah sempitkan. So, doakan aku untuk tidak membazir especially bab makan okay.

2. Labuhkan yang singkat

Mungkin yang nih agak sukar. Tapi aku pernah baca, cuba mula dengan menutup segala aurat especially kaki. Yupe, pakai stokin. So aku rasa, aku kena mulakan balik sbb kaki antara aurat yang aku selalu alpa. Lepastuh, baru aku akan cuba perbaiki segala yang singkat, aku cuba labuhkan. Tutup sebaiknya benda yang mudah terdedah. Oleh itu, aku akan cuba sehabis baik untuk perbaiki.

3. Istiqamah dan perbaiki amalan

Untuk azam ketiga nih, aku cuba untuk pantau diri aku sendiri maka aku pun buat Checklist Ibadah supaya aku boleh detect sama ada aku berjaya atau tidak untuk istiqamah. Harapnya, dengan usaha ini, dapat memupuk semangat rajin aku supaya tak kenal erti jemu.



So basically memang 3 nih adalah azam aku untuk tahun 2018. Sebab 3-3 nih, aku gagal dalam tahun 2017. I need to wake up dan realise. I should improve myself and it should be started now. Because a person who decide to repent on 12th, dies on 11th.

Kita takkan tahu bila kita akan pergi, bila Malaikat akan tarik nyawa. Dengan berbekalkan amalan yang sedia ada, mampu dan layakkah kita untuk syurga-Nya?

Biarlah penat di dunia, supaya kat akhirat kita boleh rehat.

Sekian, sedikit kesedaran seorang syahidah chetak. Mohon doa dari kalian supaya segala azam dan hajat syahidah chetak termakbul dan berjaya dicapai.

Terima kasih sudi membaca.

"Aku tak suka orang nampak aku baik. Sebab keburukan aku, aib aku, Allah lindung dari pengetahuan manusia lain."

Kita cuba okay :)

Sekian, assalamualaikum.
Asshra.

Comments