3 Dara Pingitan + 1 Dara Hajima :)

Assalamualaikum :)

So harinih aku nak share pasal plan gila aku dan beberapa girlfriends Navy aku a.k.a bebudak Gempita16. Plan nih pada asalnya, sekadar sembang kosong waktu aku, Yatt, Kirah dgn Ana yang dah tepu study dalam bilik maka kitorg pun pegi study kat Bilik Kaca, Markas Palapes UM (palapes sangat :D). Kitorg tengah sembang pasal raya tetiba keluar lah idea #KonvoiRayaUtara :)

On that day, kitorg dah janji, kitorg berempat mesti terlibat dan wajib join so kitorg plan gila gila. Siap ajak semua jejaka dan gadis Gempita16. At first, 8 orang yang nak join, tetiba ada masalah last minute yang tak dpt nak dielakkan. So, akhirnya, 4 orang nih jugak lah yang dapat join. Macam plan syok sendiri pulak, hahahahahahahahahahaha.

Oleh itu, jom dengar cerita #JomBerayaUtara kitorg okayy :)


JUMAAT, 14 Julai 2017 - Aku bergerak dri rumah around 2.30 ptg dan sampai kat bilik tumpangan Yatt dalam kol 3 ptg. Dia punya excited, sampai aku angkut luggage pegi sana. Bukan setakat luggage, siap bantal sekali aku bawak (better lah drpd yatt bawak koko, kirah bwk pingu dia hahahaha), bukan apa, sebagai persediaan mengantuk dalam kereta. So kitorang pun menunggu kepulangan Yatt dari klinikal dia, tak sebenarnya balik dari klinikal, dia pegi KK5, panaskan motor Ladies Gempita16. Yatt is sooooooo adorable :'). Dengan penuh bahagia, aku dgn kirah tunggu Yatt balik huhuhuhuhu

Malam tuh, kitorg bukak gerai makan dalam bilik which kitorg masak Nasi Putih, Sardin Kentang dengan Telur Hancur. Bertambah nasi mereka malam tuh (disebabkan Mak dah pesan, jangan tambah kalau makan sbb nanti berat naik so aku tak tambah nasi malam tuh huhuhuhu). Alhamdulillah, dah boleh kahwin dah kami nih (nih nak bagi hint, kalau nak dtg meminang, dah boleh prepare awal hahahaha).

Makan malam sudah, basuh baju, mandi apa semua sudah, so kitorang mulakan perjalanan ke Kuala Ketil lebih kurang 10 malam. So sebagai permulaan, Kirah bukak langkah dulu sebagai drebar. Agak malang sikit, kitorang stuck lama jugak lahh dalam jammed sebelum reach Gopeng. Sempat lah basuh epal dulu kat tgh jalan tuh hahahahaha. Sampai RTC Perak, kitorang singgah bersupper sekejap, dekat kedai nasi kandar kat situ. Yang kitorang mempertikaikan, kedai tuh beroperasi 23 jam, so kitorang teringin nak tahu bila masa dia tutup sejam, pukul berapa. Asalnya, ingat nak tinggalkan Yatt untuk buat research, tapi tak tahu kenapa tetiba Yatt masuk kereta hahahahahaha jkjk :D

Dari RTC Perak, aku sambung tugas Kirah, drive sampai Kuala Ketil. Alhamdulillah, walaupun Yatt bg harapan palsu untuk pasang lagu, aku berjaya survive dgn lagu yang ada dalam handphone aku hahahahahaha. Yang agak menyeramkan malam tuh, keluar tol kat area Kedah (aku tak ingat tol mana hahahaha), ada 3 mat rempit dok keliling kereta. Seram nak oiii, kol 3 pagi mat rempit ada kat belah kiri, belah kanan dgn bahagian depan. Jap nak tanya, Orang Kedah mmg suka rempit tgh malam ke? Sbb masa on the way nak ke rumah Ana, kitorang jumpa banyak lah jugak mat rempit hahahahaha

Dan akhirnya, sampai kat rumah Ana dalam kol 4 pagi. Selamat lah Ana tak tidur lagi (ehh tak, Ana tak tido langsung pun malam tuh hahahaha) malam tuh, so dia lah yang sambut kedatangan kitorang hihihi. Sampai jer rumah Ana, masing masing terus tidur sebab esok nak sambung berjalan raya.

SABTU, 15 Julai 2017 - Lepas subuh tuh, memasing dah siap siap nak pergi beraya. Dan yang kelakarnya, pagi tuh jugak pm ramai orang, cakap nak datang beraya sebab tetiba plan asal terpaksa berubah. Pagi tuh, lepas breakfast dekat rumah Ana, kitorang bergerak ke Gunung Kerian, Alor Setar. Adalah dalam sejam lebih jugak nak ke rumah Puan Azizah nih. Sementara tunggu Puan Azizah pergi pasar, kitorang yang teruja sangat jumpa padi terus cari tempat untuk bergambar. Boleh tahan lama lah jugak kitorang kat padi tuh. Sanggup tuh, redah panas matahari Kedah demi gambar gambar yang cantik hihihihi





Sepanjang beraya kat Kedah, Ana dah tawarkan diri untuk jadi Driver sepenuh masa, so mostly perjalanan kitorang kat sana, Ana yang drive. 









Tunggu punya tunggu, even dah sampai tahap nak give up, tetiba Puan Azizah kol dan keluar dari rumah nak cari kitorang. Finally, jumpa rumah Puan Azizah akhirnyaa :). Kat rumah Puan Azizah, Yatt sangat teruja jumpa Agar-agar Kering which kuih tuh selalu jer jumpa tapi sebab dia first time jumpa kan, so dia makan almost half of the bekas hahahaha. Kat rumah Puan Azizah, kitorang dihidangkan nasi lemak. Alhamdulillah, dua kali makan Nasi Lemak hahahahaha :)





Dah settled Alor Setar, kitorang ke Kg Permatang Rawa, Penang. Tudiaaa, dari Alor Setar, kita pegi Penang. Jauh lah jugak perjalanan sampai sesat larat dibuatnya. Dan akhirnya, kitorang surrender maka Amir pun datang jemput kitorang kat tepi jalan. Sampai jer kat rumah Amir, habis semua gambar kita perati, siap medal dgn piala sekali kitorang usya. Kat rumah Amir, kitorang dihidangkan Nasi Mandy, Ayam Goreng, Labu Air Masak Gulai Kari, dengan buah epal cicah asam. Dan seperti target Amir, memasing makan bertambah (kecuali aku hahahahahaha). Sedap betol penangan mak Amir nih hahahahaha :)











Selesai Penang, kita ke rumah Puan Nashreen di Sg Petani. Kat sini, Tuan Anuar join kitorang sekali beraya. Sementara menunggu Puan Nashreen siap, dan tuan Anuar sampai, kitorang stay jer dalam kereta sambil usya on call dgn siapa ntah. Busy betol drebar nih hahahaha.




Maka setelah menunggu beberapa minit, Puan Nashreen pun munculkan diri serentak dengan ketibaan Tuan Anuar. Tanpa berlengah, terus bukak langkah usya gambar sekitar ruang tamu hahahahaha. Kat rumah Puan Nashreen, dia hidang Sate Ayam, Tapai Pulut dengan Jambu Air cicah Garam Belacan. Dia punya garam belacan punya pedas, sampai pedih perut nak oiiii. Tapi sedappppp :)










Dah habis bergambar dekat rumah Puan Nashreen, kitorang bergerak ke Tawar, rumah Left Kom Husni. Mujur lah nampak husni kat tepi jalan, dia pun bawak kitorang masuk dalam kawasan perumahan dia which agak pedalaman tapi sangat menarik. Sampai jer kat rumah dia, aku rasa teruja sangat sangat sebab terasa tenang dan cool gilaa (mcm dia lahhh yang selalu cool hahahaha). Kat rumah Husni, kitorang dijamu Bihun Tomyam, Nasi Impit Kuah Kacang. Kuah kacang dia nais gilaaa :)






Habis 4 rumah, kita kembali ke rumah Ana di Kuala Ketil. Berehat kejap sebelum nak ke rumah GI Nazemi. Sempat lah jugak main dgn Fathia Hana heeee. Satu jer aku rasa rugi, tak sempat nak merasa durian sbb Ana anti-durian hahahahaha.



Around 9.30 malam, kitorang bergerak ke rumah GI Nazemi di Kuala Ketil jugak. Tak jauh pun dri rumah Ana, tapi tuh pun, Ana still tak ingat rumah GI hahahahaha. Yang tak tahan, sepanjang jalan tuh laa, Ana dok kata rumah GI. Sampai kat GI, GI pun mulalah bukak cerita yang rumah yang ada lampu tuh semua rumah yang dia sewakan. Tuh yang tak kerja dah tuh hahahahahahaha. Sampai rumah GI, penantian aku berakhir sebab akhirnya, dapat merasa Laksa. Beriya lah jugak tanya GI, nih laksa kedah ke laksa penang sekali, GI kata nih Laksa Kuala Ketil. Haru betul taw GI nih. Sembang punya sembang, GI tetiba tanya pasal Wani. Okay, GI ingat Wani jer. Kitorg yang datang tuh, bukannya GI ingat nama pun hahahahahaha. GI ingat Sheikh (sbb suka buat benda pelik pelik mcm handstand), Hakim (sbb GI panggil Panjang) dengan Wani (sbb GI selalu sergah dulu) hahahahahaha. Gg betol GI nih :D

Memandangkan kitorang sampai rumah GI agak lambat, maka GI pun suruh habiskan sate kat rumah dia. Gigih laa jugak si Ana dgn Tuan Anuar habiskan. Aku dah surrender awal hahahahaha. Boleh kata sepanjang hari nih, Yatt bersikap lambat dan menghiburkan hahahahaha. Ada ke makan laksa kuah sikit nak mampus. Pastuh dengan tak malu suruh Husni tambahkan kuah hahahahaha.





Sebelum ke rumah GI, kitorang tunggu Tuan Anuar kat tepi jalan. Dan yang menariknya, jumpa kedai Fav masa kat matrik dulu iaitu kedai bakeri Fairy. Malangnya, tak sempat nak singgah sebab kedai pun dah nak tutup huhuhuhu. Rindunyeeeee :')


Habis beraya, maka kitorang pun pulang semula ke rumah Ana. Lepas dah mandi apa semua, sebelum tidur, kitorang makan Bihun Sup air tangan kakak Ana dulu. Dap ngat haihhhhh sebab dah lama tak jumpa Bihun Sup sambal merah. Last makan pun, masa kat matrik. Rinduuuuu nyeee makanan masa kat matrikkkk :'))))


Maka, berakhirlah kisah beraya di Kedah kami. 


AHAD, 16 Julai 2017 - Okay, harinih kita nak sambung beraya ke Perak pulak. So pagi-pagi kita bersiap untuk meninggalkan Kedah dan bergerak ke Kuala Kangsar. Sebelum bergerak balik, mcm hari sebelumnya, kitorang makan brekpes dulu kat rumah Ana. Paling sedapppp, ikan masin terubuk ana masak. Sedap gilaaa, rangup pulak tuh. i likeeeeeee (aku tak makan ikan masin sebenarnya hahahahahaha)

Sebelum balik, sempat lah bergambar dengan Ratu Tebuan huhuhuhu. Kuat Harimau dah keluar rumah awal so tak sempat nak bergambar. Yang tak tahan tuh, kereta dah jalan sampai Kolej Insaniah tetiba Ana kol bgtau yang Pingu tertinggal maka kitorang pun patah lah balik ke rumah Ana. Ye laaa, kang tak tido malam si kirah nih haaaa hahahahaha.







Yang paling seronok, dapat duit raya gaiss. Ohhh haa, actually nih duit raya yang kedua sepanjang trip kitorang nih. Yang pertama, kitorang dapat dari Tuan Anuar woot woot :))). Alhamdulillah :)

So, kita mulakan jalan beraya di Perak kita dengan ke Kuala Kangsar, rumah Sheikh. Yang nih, agak sakit hati lah jugak. Sheikh pesan awal, dia kata sampai kat Tol Kuala Kangsar bgtau dia then dia nak pick up kat area KFC. Tunggu punya tunggu, sampai jugak lah si sheikh nih. So kitorang pun follow jer lah dia tetiba dia berhenti kat 7Eleven. Nih mesti nak beli ais nih, sekali tekaan kitorang betul. Habis beli ais tetiba Sheikh dtg kat kereta dia cakap yang dia nak beli makanan kucing kejap. Hmmmmm, kitorang pun ikutkan jer lah. Sampai dua tempat kitorg pegi nak cari makanan kucing.

Dah settled beli makanan kucing, sekali dia singgah amek adik dia dari tusyen pulak. Yang tak tahan, sempat pulak dia berhenti depan MCKK semata nak tunjuk sekolah kebanggaan dia kat kitorang. Leulls sangat -.-'






Sampai rumah sheikh, rupa-rupanya elektrik mati, so mak dia mintak sheikh bawak kitorang berjalan jalan area Kuala Kangsar sebab tak habis masak lagi hahahahahaha. Sementara menunggu mak dia siap masak, bersembang lah jugak dengan ayah sheikh. Bukan nak cakap apa, perangai sheikh dengan ayah dia lebih kurang jer, kaki sembang hahahahaha. Beriya lah kitorang merungkai misteri rendang yang ayah dia kata susah nak jumpa, last-last mak sheikh jugak yang kantoikan hahahahaha.




Anyway, thanks to family sheikh sebab sudi terima kunjungan kami bertiga. Actually ayah sheikh jugak lah yang panggil kitorang 3 Dara Pingitan hahahahaha ye lahh mana taknya, bertiga jer semua perempuan, berjalan raya jauh jauh tanpa ada seorang lelaki. Well, kata palapes, kemon lah, we can live without man (hahahahaha okay, acah jer kihkihkih).

Berakhir di Kuala Kangsar, kita beralih ke Ulu Kinta, Ipoh. Kita beraya ke Rumah Jajana a.k.a. Nina Ricci. Sepanjang perjalanan ke rumah Jaja, ada jumpa Lost World of Tambun. Ingat nak tinggalkan Yatt kat situ sebab semangat pakai seluar renang hahahahahaha tapi tuh laaa tak sampai hati. Ehhh tak, sebenarnya kitorg perlukan khidmat Yatt untuk drive nanti hahahahahahahaha :)


Berbalik cerita beraya di Rumah Jaja, Jaja dah pesan awal awal nnti kat pintu pagar, angkat tangan, kalau dia tahan baru bgtau nak pegi rumah siapa. Since masa tuh kirah yang bwk kereta, so aku target guard tuh mesti terfikir pemandu nih ada lesen ke, sebab tuh dia macam lambat nak angguk balik bila Kirag angkat tangan hahahahahahaha. Cari punya cari sampai kitorg tersasar ke padang sasar :D Mujur lah Kirah dgn Yatt pakai Celcom maka line telefon kuat dan boleh lah call Jaja. Haaa kalau nak tahu, kat kawasan rumah Jaja, hanya line Celcom yang kuat. Umobile, hmmmmm no service sepanjang masa hahahahahahahaha.

Dekat rumah Jaja, kitorang makan Mee Kari. Alhamdulillah, Jaja tunaikan betol-betol kata-kata dia nak masakkan telur rebus untuk aku hahahahahaha. Teruja aku nampak telur rebus, terus suruh Yatt amekkan gambar :D At the same time, Jaja buat macaroni cheese untuk kitorg, sweet angaatttt. Yang tak tahan, siap bungkus bawak balik.





Haa nampak tak apa yang Yatt pegang, haa tuh laa bekalan Jaja bekalkan untuk kitorang :) Yang bestnya, since kitorang tak mampu nak habiskan maka kitorang bagi rumet kesayangan Jaja habiskan hihihi 

Selesai makan mee kari, makaroni cheese, Danial amekkan gambar maka kita teruskan agenda beraya kita ke Manjung pulak, untuk beraya ke rumah Sabi Sue heee :D Ohhh masa otw balik tuh, tetiba terjumpa satu kedai nih, baca tagline dia, terus rasa bersyukur sebab tak singgah, kalau tak, mesti.....


Memandangkan kita dah bagi Yatt rehat secukupnya seharian so harinih kita paksa dia drive hahahahaha semua nih idea Kirah. Memula aku offer lah jugak nak drive tapi Kirah dengan kerasnya membantah dan paksa Yatt yang dah beriya pegang pintu seat blkg untuk drive hahahaha tak mampu nak tolong Yatt, maka aku pun dengan bahagia tido sepanjang jalan nak ke rumah Sabi Sue hihihihi

Sampai rumah Sue, dengan penuh yakin dan bahagia nya, Yatt parking depan rumah jiran Sue, hahahahahaha konfiden sangat haihhh ingatkan tuh rumah Sue sekali Sue keluar rumah, memasing bantai gelak sebelum keluar kereta :D

Masuk masuk rumah Sue, berebut nak guna tandas, masa tanya Sue nak tumpang tandas, tetiba Sue terkejut hahahahahaha ingatkan apa, rupanya dia lupa yang kucing dia guna tandas sebelum tuh. Dah buat inspections rapi baru dia bagi kitorang guna hahahahahaha. 



Sesudah memasing amek tempat, tetiba Sue tanya, kat rumah Jaja makan apa, then aku pun cakap lah "Mee Kari." Sekali lagi sue menjerit sebab menu yang sama dia bakal hidangkan hahahahahahaha siap air pun sama hahahahahahaha sweet betol rumet berdua nih hahahahahahaha ohhhh Sue buat kek batik cheese tapi dia tak bagi rasa selagi tak habiskan mee kari dia hahahahaha punya lah risau mee kari dia tak laku :D






Settled makan mee kari dan beberapa jenis kek yang dihidangkan, kitorang pun teruskan perjalanan ke destinasi akhir sebelum kembali ke UM, where is Kampung Gajah, rumah adik bongsu Gempita, Fadzil :)

Perjalanan nak ke rumah Fadzil agak mencabar hahahahaha nak tahu sebab apa? Sebab dia punya gelap, tak boleh bawak bincang hahahahaha. Mujur lah Mak Fadzil suruh dia cari kitorang, maka jumpa Fadzil tengah jalan. Maka tiba lah di rumah Fadzil dengan selamat. 

Sampai rumah Fadzil, macam biasa lah, aku manusia paling teruja sebab rumah fadzil memang kampung sangat gaisss. Tangga merah depan rumah dia, serius lawa. Tingkap rumah dia pun lawa. Sis terujaaa sangat. And the best part, i manage to enter sampai ke bahagian dalam hihihihi 

Cuak lah jugak masa nak naik turun tangga rumah dia sebab risau tetiba patah ke apa hahahahaha tapi serius terujaaa pegi rumah Fadzil hahahahaha sayang nya, kitorang sampai malam so tak dpt nak bergambar depan tangga merah yang dibanggakan Fadzil tuh hahahahaha

Dekat rumah Fadzil, mak dia hidang Bihun Tomyam dengan karipap pusing. The best part, karipap tuh mak dia buat sendiri gaisss. Bahagia aku makan hahahahahaha yang tak tahan, Fadzil kata dia ada tolong buat kuah tomyam tuh, dia tolong potong carrot. No wonder lah, carrot tuh ada bermacam jenis bentuk hahahahahahaha




Since hari pun dah semakin gelap, maka around 10 lebih jugak lah, kitorang mintak diri untuk balik sebab risau malam sangat nak balik UM. Alhamdulillah, everything went well dan kitorang berjaya sampai UM around 12 pagi. Heeeee :)

Begitu lah kisah Beraya ke Utara kami. Alhamdulillah, walaupun bermacam masalah melanda, rancangan yang bermula sekadar gurauan, menjadi kenyataan dan menjadi memori yang manis sepanjang zaman universiti aku :)

Terima kasih sangat sangat kepada Tuan Rumah yang sudi sambut kunjungan dan kedatangan kami yang berani. Terima kasih jugak sebab hidangkan kami dengan berbagai jenis makanan dan minuman, Alhamdulillah, tak sia sia berkunjung ke Utara di samping rapatkan ukhuwah, Yatt juga banyak belajar benda baru hihihihihi

Semoga usaha kitorang Yang Jauh kita Dekatkan, Yang Dekat kita Eratkan nih sentiasa diberkati. Akhir kata, 
SALAM AIDILFITRI AL-MUBARAK, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Thanks for reading, stay tune for more sharing :')

Sekian,
Asshra.

Comments

  1. Dari mula sampai habis saya baca,tersengihh manjangggg je 😂😂

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah yatt byak belajar benda baru 😂😂

    ReplyDelete

Post a Comment