Money vs Happiness

 Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul everybodyy!

Aku baru jer lepas amek darah pastuh aku tak tau kenapa masa solat Zohor tadi rasa macam lemah gilaa, rasa nak tumbang pun ada. Disebabkan itu, aku terus turun bawah dan makan. Macam macam benda aku makan sebab aku excited td pergi Giant, aku beli KitKat dgn Pudding Nata De Coco ehek :P

Okay main point untuk post kalinih bukan pasal cerita di atas ye kawan-kawan.

Alkisah semalam aku bermesej (Whatsapps) dengan seorang kawan aku pasal PILIHAN. Biasa lah bila kita tengah ada dalam satu hubungan, kita akan diuji untuk membuat pilihan. Actually bukan dalam relationship jer sebenarnya, tapi dalam banyak perkara dalam hidup kita.

Dalam membuat keputusan terhadap pilihan yang kita ada, kita perlukan pemikiran yang rasional dan matang. So secara umumnya, post kali ini adalah berkenaan dua pilihan iaitu DUIT vs BAHAGIA.

Memandangkan sekarang dah fasa dewasa iaitu kita kena ada perancangan hidup dan matlamat yang kita nak kecapi. So adalah menjadi satu cabaran untuk kita faham diri kita sendiri, mengenali pasangan kita sendiri. Adalah sesuatu yang penting untuk mempunyai komunikasi yang baik dalam suatu perhubungan.

DUIT

Orang kata, duit boleh dicari. Orang kata, sebagai seorang perempuan, kita kena cari lelaki yang stabil kewangan nya. Sebab cinta tak cukup untuk meneruskan hidup. Macam yang semua orang tahu, di zaman kegawatan ekonomi, ramai orang diuji dengan kehilangan kerja, bisnes tak jalan, dan banyak lagi. Bukan senang nak terus hidup senang bila COVID-19 masih wujud dalam kalangan masyarakat malah kes yang setiap hari menunjukkan peningkatan yang dahsyat, dah pasti kita mula rasa insecure dengan masa depan kita.

BAHAGIA

Orang kata, pilih lah seseorang yang bila kita bersama dia, kita boleh jadi diri kita tanpa perlu memakai sebarang topeng atau berlakon. Bahagia ialah bila kita selesa bersama dia, kita rasa selamat dengan dia dan kita rasa dihargai oleh pasangan kita. Tapi itulah, bahagia juga boleh bertukar andai hubungan diuji dengan masalah seperti kewangan. Sebab tanpa duit, kita susah nak kekal bahagia. Tengok lah zaman sekarang, berapa ramai pasangan yang bercerai atas masalah kewangan. 

Walaupun secara jujurnya, bagi aku, kedua-dua aspek nih penting. Kedua-dua perkara nih kita perlu mengambil kira dalam memilih seseorang yang kita akan habiskan seumur hidup kita dengan dia.

Aku selalu jumpa orang kata, susah sama-sama, senang sama-sama, dan dari situ, hubungan akan lebih bermakna. Tak tau kenapa tapi aku suka konsep nih. Pada aku, memang lah kalau boleh kita nak hidup kita terjamin di masa depan. Tapi kekadang kita kena berfikir luar kotak, berfikir tentang risiko kalau kita pilih duit berbanding bahagia. Bahagia boleh dipupuk, tapi kita kena tahu jugak, kita tak mampu nak ubah orang untuk layan kita ikut kehendak dan kemahuan kita. Hanya diri dia sendiri yang boleh ubah. Kita hanya boleh bagi nasihat, mendoakan dan berusaha untuk menjadi semangat kepada dia.

Bila dah masuk fasa kena fikir pasal masa depan nih, aku terus rasa macam, kahwin memang sangat mencabar. Kau terikat dengan tanggungjawab, komitmen dan masa. Bak kata orang, kalau kita kahwin dengan seseorang, kita kahwin dengan keluarga dia sekali. So banyak faktor yang kita kena titikberatkan. Dah ready ke nak masuk ke fasa baru? Dah ready ke nak terima ahli baru dalam hidup? 

Dan untuk aku, aku pilih untuk Bahagia berbanding Duit. Sebab pendapat aku, duit boleh cari, cuma kita kena lipat gandakan usaha dalam mencari rezeki yang diberkati. Dan aku percaya yang kalau Allah uji, Allah takkan uji di luar kemampuan hambaNya. Dan rezeki juga, takkan pernah salah alamat.

Setiap hari, aku rasa aku akan belajar macam-macam pasal kehidupan. Dan kita tak boleh nak bandingkan apa yang kita ada dengan orang lain.

Secara jujurnya, aku selalu bandingkan hubungan orang lain dengan hubungan aku sekarang. Tapi lama kelamaan aku sedar yang setiap orang, adalah berbeza. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan dia sendiri. Takkan ada orang yang sama. 

Dan yang paling penting, kita kena berusaha untuk faham pasangan kita di samping percaya dan sentiasa berkomunikasi walaupun tentang perkara yang remeh. Sebab 3 perkara nih laa yang akan bawak hubungan kita ke hala tuju sebenar.

Manusia takde yang sempurna. Manusia banyak kelemahan. Tapi kita kena sentiasa support each other dan hormat each other so that hubungan kita kan lebih stabil.

Aku masih dalam proses belajar. Dan kawan aku pun ada pesan, yang hubungan nih masih baru. So kena banyak bersabar dan belajar. Semoga Allah permudahkan dan berkati.

Nothing much, just a random thought that i want to express.

Doakan aku ikhlas dan diberikan kesabaran dalam belajar, okay!

Sekian, Assalamualaikum.

Asshra.  

Comments