Degree, 4 Years Journey !

Assalamualaikum dan salam tahun 2020 !

(gambar zaman second year guys!)

Harinih aku terasa nak bercerita tentang hidup 4 tahun aku sebagai pelajar degree. Mungkin membahagiakan, mungkin penuh duka, mungkin penuh cabaran. Tapi secara jujurnya, aku bersyukur sangat sangat sebab aku berjaya habiskan perjuangan empat tahun aku tepat pada waktunya dan berjaya peroleh CGPA yang perlu aku capai sebagai pemegang biasiswa.

Ramai yang tahu aku pemegang biasiswa Agrobank. Aku terima tajaan sejak sem tiga. Di mata orang luar, biasiswa adalah untuk mereka yang bijak bestari. Tapi bagi aku, aku bukanlah dalam kategori tersebut. Apa yang aku boleh kata, aku bersyukur Allah bantu aku dengan berikan aku biasiswa.

Klise nya, aku bukan dari keluarga yang senang. Boleh kata sepanjang aku belajar, mak ayah aku jarang bagi aku duit. Sejak sekolah lagi, aku terima bantuan. So setiap perbelanjaan aku, aku tanggung sendiri. Kalau aku dah desperate betul baru aku akan mintak dengan mak ayah aku. Ayah sendiri pernah cakap yang dia tak bagi aku duit belanja pun sepanjang belajar. Kalau bagi pun, boleh dikira pakai jari.

Di mata orang, mungkin aku takde masalah kewangan. Sebab aku ada biasiswa. Tapi orang tak tahu di sebalik rezeki yang Allah bagi, datang seiring dugaan yang tidak dijangka. Sejak di tahun pertama lagi, aku bawak motor ke universiti. Secara jujurnya, perbelanjaan motor sebelum semasa dan selepas semuanya aku tanggung sendiri. Motor yang aku guna, dah tujuh generasi pakai. Mungkin sebaya dengan umur aku. So masalah yang datang, tak putus. Boleh kata beribu jugak aku habis.

Tujuan utama aku bawak motor, sejujurnya sebab PALAPES. Yang tahu, dia akan faham. Pengorbanan? Aku tak tau nak kata aku memang dilahirkan untuk buat kerja menyusahkan diri sendiri ke apa. Tapi aku pun kenkadang tak faham dengan diri aku, kenapa.

Salim, nama motor aku. Antara motor yang banyak berjasa kepada Gempita. Salim lah yang bawak ladies ke training. Ulang-alik. Sejak tahun pertama. Walaupun dah tua, tapi Salim banyak berjasa. Sebab tuh sejujurnya aku akan sedih untuk lepaskan Salim.

Tahun kedua, aku start bawak kereta. Ayah yang memula cadangkan memandangkan kereta Bumblebee takde orang guna masa tuh. Sama macam Salim, banyak jugak perbelanjaan Salim yang aku tanggung sendiri. Rosak tengah jalan ke apa. Duit semua aku cari sendiri. Sebab macam aku bagitau di awal tadi, family aku tak banyak duit. Apa yang ada, cukup untuk makan setiap bulan.

Sebalik masalah kewangan (masalah paling aku down masa degree), aku jugak ada masalah dalam pelajaran. Tahun tiga adalah tahun paling teruk buat aku. Sebab dua-dua sem aku tak berjaya kekalkan GPA atas 3.00. Memalukan kan? Sebab aku pemegang biasiswa.

Tapi aku sedar yang aku tak berjaya sebab salah aku sendiri. Aku mula tak fokus dengan pelajaran sejak aku terlalu sibuk uruskan PALAPES yang penuh dengan drama. Yang tahu, tahu lah. Boleh kata most of the time aku habiskan untuk buat kerja Navy. Sampaikan pelajaran terabai. Mohon jangan contohi aku okay !

Masa tahun empat, baru aku mula fokus balik dengan pelajaran. Tapi aku rasa, aku berjaya sebab doa mak ayah aku. Allah uji keluarga kitorang di tahun empat aku. Ayah keluar masuk ICU, pembedahan berulang kali. Masa sem tujuh, boleh kata study week, setiap hari aku ulang alik hospital. Mungkin berkat daripada tuh lah, Allah bantu aku. Sebab masa tuh, aku dah risau sangat sangat pasal CGPA aku, pasal biasiswa aku.

Aku ingat lagi, masa result keluar, aku kat hospital sebelah ayah. Linda suruh aku cek. Masa tuh aku takut sangat. Takut CGPA aku tak lepas. Aku keluar dari bilik ayah, aku cek. Lepas aku cek, aku terus call Linda. Aku menangis terus. Allah memang bantu aku. Aku tak mampu nak cakap apa. Aku happy sangat sangat. Walhal takde lah sampai dean list, tapi aku bersyukur sangat Allah dengar doa aku.

Sepanjang degree, aku tak pernah dean list. Tengok kawan-kawan aku yang ramai pergi majlis anugerah dekan, kenkadang terbit rasa cemburu. Tapi aku sedar, dengan kemampuan diri aku sendiri. Dan aku percaya yang ada hikmah kenapa Allah tak bagi aku merasa.

Tipu lah kalau takde rasa menyesal. Selalu jer aku rasa, yang kalau aku study awal, fokus belajar, mesti aku mampu dapat jugak macam orang lain. Tapi aku selalu monolog sendiri,

"Syahidah, Allah tak bagi kau kejayaan macam tuh sebab Allah tahu, nanti kau lupa diri. Allah bagi apa yang yang perlu. Ingat tuh!"

Sejak dulu lagi aku selalu fikir macam nih. Mungkin bagi orang lain, agak klise. Tapi nih laa yang aku selalu cakap dengan diri aku sendiri tiap kali aku cemburu dengan kesenangan , kejayaan orang lain.

Bagi aku, degree aku bukanlah satu yang boleh dibanggakan. Kenkadang aku rasa, agak memalukan. Sebab no dean list, no special awards, no great achievements. Tapi aku tahu, aku kena sentiasa bersyukur. Ini yang aku usaha so ini lah yang aku dapat.

Di pengakhiran degree, aku sebenarnya semakin bertambah kecewa. Habis tauliah, semua nampak berbeza. Aku mula nampak siapa sebenarnya kawan aku. Aku mula perasan yang semua orang mula bertindak selfish. Tapi aku tak salahkan diorang. Sebab diorang berhak untuk rasa macam tuh. Aku jer yang masih tak faham dan lurus. Terlalu fikir kan orang lain sampai sanggup menangis untuk orang yang tak pernah hargai apa aku buat.

Pernah satu masa tuh, aku menangis teruk sebab aku sedih dengan apa yang kawan aku buat kat belakang aku. Salah aku, aku mudah percaya dan sayang orang. Dan semudah itu aku kecewa dan sedih dengan apa yang dia buat kat aku.

Semua yang berlaku, aku anggap sebagai pengajaran. Aku mula bertindak mengikut keperluan. Aku mula berfikir tentang diri sendiri. Aku mula bersikap selfish bila perlu. Susah. Mula mula sangatlah susah. Sebab aku dah biasakan diri sendiri untuk jaga perasaan orang berbanding jaga perasaan sendiri. Sampai lah aku bukak mata yang aku tak patut bazirkan tenaga untuk orang yang tak hargai aku.

Terima kasih Allah, untuk semuanya. 

Walaupun satu perjalanan yang penuh dengan dugaan tapi penuh dengan pengajaran yang indah. Semoga di masa hadapan, aku akan lebih matang dan berfikiran rasional di samping terus bersyukur dan bersangka baik dengan Allah.

Jodoh?

Dulu, masa awal degree, aku pernah doa supaya sepanjang degree, aku dipertemukan jodoh. Tapi aku yakin dan percaya yang jodoh di usia ini bukanlah perkara yang terbaik untuk aku. Pengalaman banyak mengajar aku untuk bersabar dan bersangka baik dengan Allah.

Aku bersyukur Allah patahkan hati aku di tahun empat aku. Aku bersyukur Allah tunjukkan kebenaran. Aku bersyukur Allah hantar si dia untuk uji aku. Alhamdulillah, daripada pengakhiran yang pahit, aku jadikan ia suatu pengajaran yang bermakna yang membuat aku lebih berhati-hati dalam berkawan.

Biarlah orang nak kata aku memilih ke apa. Tapi pada aku, pasangan hidup adalah satu perkara yang besar. Komitmen yang tinggi, risiko yang tinggi, tanggungjawab yang sangat besar. Dan aku yakin yang sekarang bukanlah masa nya. Allah akan hadirkan dia di masa yang terbaik, in shaa Allah.

Apapun, semoga Allah terus pelihara aku, supaya aku sentiasa berada di jalan yang betul.

Korang doakan aku sekali, okay. Mana tahu, doa korang makbul :)


Terima kasih Allah, untuk keluargaku.
Terima kasih Allah, untuk rakan seperjuanganku.
Terima kasih Allah, untuk rezeki keluargaku, kejayaanku dan semuanya.

Terima kasih mak ayah. Akak tahu akak bukan anak yang baik. Akak selalu degil. Akak tak dengar cakap. Akak selalu sakitkan hati mak ayah. Tapi mak ayah tak pernah berhenti untuk doakan akak berjaya. Terima kasih abang, angah, alang, adik, misha, kak madihah. I dont know how to say this, but i am too grateful to have a supportive family, understanding people and those who never give up to make me happy.

Kepada rakan-rakan sejak di bangku tadika, sehingga lah sekarang, terima kasih. Terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari memori indah syahidah chetak. You might know me well, you might upset with me all the times, to those who never give up, may all His blessings are with you. May all the kindness are with you. May happiness will be showered to you.

Walaupun aku bakal dilupakan, tapi aku bersyukur sebab Allah tak lupa aku. Alhamdulillah, terima kasih Allah Yang Maha Mendengar.


Syahidah dah besar !


A degree holder and in shaa Allah, a chartered accountant to be !

Sekian, assalamualaikum.
Asshra.

Comments