End of Internship, Road To Convocation !

Assalamualaikum fairies :)

(gaya macam ada jer orang baca blog kan hahaha)

Baca caption mesti dah boleh agak kan, apa yang aku nak cerita untuk post kali nih. Yeahhhh, aku dah selesai wehh 8 semester, 4 tahun pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Alhamdulillah, semuanya Allah dah permudahkan. Aku bersyukur sangat, semuanya berjaya aku selesaikan.

Aku pilih untuk buat internship masa semester 8 sebab aku rasa aku tak sanggup nak masuk belajar balik plus, member susah senang degree aku pun pilih untuk buat time semester 8.

Memandangkan aku memang bonding dgn Agrobank, so aku memang tak fikir tempat lain lah untuk buat praktikal. Pada awalnya nervous jugak sebab takde member. Tapi nak tak nak, dalam hidup kita kena berdikari jugak dan tak boleh nak harapkan semua orang akan ada untuk kita. Kan?

Aku start internship 11.2.2019 (hari Isnin). Ikut tarikh yang fakulti tetapkan. Fresh lagi dalam ingatan aku, hari pertama melapor. Hari pertama aku jumpa dan berkenalan dengan member intern aku :D

Lepas dah dapat arahan untuk stem duti dokumen dari Encik Aizad kitorang berenam terus ke UTC Pudu. Pergi tuh, kitorang berjalan. End up waktu nak balik, semua decide untuk naik LRT.

Sayang gilaa aku tak sempat nak amek gambar ramai ramai masa tuh huhuhuhu

Dah settled urusan kat UTC Pudu, kitorang kembali ke Level 12, HR. Kitorang dipecahkan ikut tempat yang kitorang diletakkan. Masa hari pertama melapor, CFO, Encik Kamarul dah request untuk berjumpa dengan kitorang dulu sebelum ditempatkan kat department. Sempat lah kitorang dapat briefing pasal Finance Division oleh Kak Sameha. So ada lah sedikit knowledge sebelum jumpa CFO hihihi

24 minggu internship !

Lama tak lama, dah habis akhirnyaaa. Sepanjang 24 minggu kat Agrobank HQ, macam macam aku belajar. Baik dalam bidang kerja mahupun dalam kehidupan. Kenal ramai orang. Belajar banyak benda dari ramai orang. Macam tak sangka aku berjaya survived !

Banyak kenangan manis, kenangan pahit yang aku simpan ketat ketat dalam hati. Masa internship lah aku banyak belajar pasal life selepas belajar. Betul lah, orang kata bila dah kerja, kita akan rindu zaman belajar. And yeahhh, aku rinduuu nak ada masa yang banyak untuk tidur waktu weekdays hahaha

Yang pasti, aku happy sangat sebab perjalanan nak habiskan degree nih, Allah sentiasa permudahkan. Dari masalah sekecil-kecil zarah, sehingga ke besar gajah, semua Allah permudahkan. Berkat doa mak ayah. Alhamdulillah.

Sepanjang degree, banyak benda jadi. Banyak jatuh. Banyak menangis. Tapi hasil ujian tuh lah, yang buat aku sedar banyak benda. Proses menjadi matang adalah proses yang sangat penting. Kita kena lalui dengan penuh kesabaran dan kena doa banyak banyak kat Allah untuk kuatkan hati, diberikan kesabaran yang tinggi.

Aku tak mampu nak jelaskan betapa aku bersyukur sangat sangat dengan segala yang Allah dah bagi kat aku. Allah bagi aku peluang untuk rasa macam macam benda. Allah mudahkan aku untuk hidup tanpa bantuan kewangan dari keluarga. Allah ajar aku untuk usaha keras cari duit untuk sara diri sendiri. Allah ajar aku berdikari. Allah ajar aku untuk kuat dan sabar dengan kerenah manusia. Allah hadirkan orang-orang yang baik, orang-orang yang menguji. Semuanya tersusun dengan cantik. Aku tak mampu nak mintak lebih.

Yang aku harapkan, Allah bukakan hati aku untuk sentiasa ikhlas dalam buat apa yang aku akan buat dalam hidup. Semoga Allah terus murahkan rezeki aku sekeluarga. Semoga Allah kurniakan jodoh yang membahagiakan suatu hari nanti. Semoga Allah sentiasa didik aku untuk berfikiran matang dan bertindak matang dalam tingkah laku aku.

No matter how sad I am, Allah sentiasa dengar cerita aku, tahu kisah aku. Di saat aku jatuh, Allah hadirkan kata-kata semangat dari orang yang aku sayang. Di saat aku lemah, Allah kuatkan aku dengan tunjukkan kisah dugaan orang yang diuji lebih dahsyat.

Kenkadang aku malu dengan orang di luar sana. Sebab ujian yang Allah datangkan kat aku, kalau nak dibandingkan dengan diorang, jauh sangat. Ujian yang aku dapat nih sikit sangat. Diorang lagi diuji dengan perkara yang hebat dan diorang masih kuat. Masih survived. Siap ramai yang dah berjaya.

Sebab aku tahu aku lemah, aku yakin yang Allah akan uji aku, dengan benda yang aku mampu. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sedar segala nikmat yang Allah bagi. Terima kasih, Allah !

Post nih lebih kepada aku nak bagi kata-kata semangat kat diri aku. Sebab aku tahu, hidup aku baru bermula. Ujian yang lebih berat bakal menanti. It has just started. So,

Be prepared, Syahidah Chetak !


So, here some best memories of Ramadhan & Aidilfitri in Agrobank !
Alhamdulillah for all these :)





































Finance Division best sangattt ! Ajar aku banyak benda !
And yeahhh, harap ukhuwah nih tetap erat sampai bila-bila :)

In shaa Allah, aamiiinn.

So, whats next? Convocation !

Save the dateeee !

15th October 2019

May Allah ease everything, Aamiinnn :)


Sekian, assalamualaikum.
Asshra.

Comments