[TEROBEK] Tulip, Matahari, Orked & Utagha

Assalamualaikum

Hai bunga dan kumbang yang sedang membaca :)

Harinih, aku curi curi jugak masa untuk habiskan bercerita pasal perjalanan aku ke Utagha seminggu sebelum tauliah. Sebab aku nak simpan kenangan nih, ketat ketat dalam blog kesayangan aku. So, korang kena tunggu okay !


So, alkisah macam mana kitorang boleh tiba tiba sesat ke Utagha,

Seketul Yatt bagitau hasrat nak melawat parents Ana kat sana. Dan Ana pun bagitau parents dia. Dari minggu lepas lagi, Yatt ada bagitau aku masa larian Score Run tuh yang dia nak pergi Utagha. Aku pun, sebab kecewa tak dapat pergi Pantai Timur harituh, aku bagitau lah yang kalau onzz, aku nak join sekali.



At first, tak target jadi pun sebab Yatt kata dia nak balik Johor, nak amek barang-barang untuk Pentauliahan. So aku pun buat lek lek jer lah. Boleh kata, setiap hari aku tanya Yatt, jadi ke tak. Hahaha

Aku pun beranikan diri, tanya mak ayah sama ada aku boleh pergi ke tak. Alhamdulillah, mak ayah bagi wehuuuuuu :D

Tapi yang kelakar, masa tanya kat Mak, Mak kata,

"Pergilah tanya ayah jugak. Asyek tanya mak jer."

So aku pun tanya lah Ayah. Respons Ayah buat aku gelak hahaha

"Haa pergi lah, kalau aku tak bagi pun, kau mesti nak pergi jugak."
"Kak, kau memang tak reti nak lekat kat rumah ehh?"

Hiks. Bukan tak reti, tapi lemas duduk rumah lama lama hahaha kalau duduk rumah, konfem konfem kerja dok selongkar peti ais, cari makanan untuk mengunyah hahaha

Okay, permission mak ayah dah dapat, tinggal nak tunggu confirmation dari Yatt. Rabu malam, Yatt wasep yang dia kata, dia cuba mintak cuti untuk hari Sabtu tuh supaya lama sikit kitorang kat Utagha. Ana pun tanya samada jadi ke tak sebab dia pun nak mintak cuti hari Sabtu.

Tengahari Khamis tuh, tetiba Yatt wasep bagitau yang Boss dia bagi cuti. Terus Yatt usya tiket bas. Tanya Ana sama ada dia willingly nak amek kitorang waktu subuh atau tengah malam. Lepas brain storming, kitorang pun decide untuk amek bas kol 7.15pm, naik bas Pancaran Matahari (almaklom lah, matahari yang nak naik kan hahaha).

See, sekelip mata plan nih dilaksanakan hahaha

Lepas dapat berita cuti diluluskan, terus Yatt beli tiket.

Dan macam biasa, khamis malam tuh aku semangat packing barang apa semua lepas tunaikan hajat Misha nak jumpa Daiyan Trisha dia. Yang kelakarnya, bila cek Beg Bravo, ada dua tali tertanggal, aku pun gigih laa jahit. Sekali dah habis jahit, baru aku sedar yang aku jahit terbalik. Mak suruh bukak balik, tapi sungguh laa aku tak rajin nak jahit balik hahaha :D

Sebelum nak gerak, dah menjadi satu habit aku, aku akan cek dulu masa perjalanan. So aku pun google lah dari LRT Kinrara BK5 ke LRT Bandar Tasik Selatan, rupanya dekat jer. So aku plan dalam pukul 6.20 ptg aku dah kena naik tren.


Sebelum nak gerak, Epul nak pass duit. So aku pun tunggu Epul sebelum gerak. Pesanan Epul,

"Jangan lupa balik !"

Hahaha ye epul, aku sedar diri hahaha

Sampai jer BTS, tetiba dapat task dari JL. So aku pun fokus kat phone sambil jalan dari LRT ke TBS. Tetiba ada seketul manusia sergah aku :D

Siapa lagi, kalau bukan Yatt !


Sebelum nak naik bas, aku singgah kedai jap nak beli air. Tetiba aku jumpa kawan matrik aku hahaha kalau lah diingatkan semula cemana aku tegur dia, sumpah kelakar. Suka hati jer tegur orang macam tuh hahaha sorry Amirul ! :P


-masa nih Yatt tengah gelabah ayam sebab Epul hahaha-


Okay, petang tuh, kitorang amek bas kol 7.15pm. Sampai Sungai Petani dalam pukul 1 lebih. Tunggu Ana kejap, then terus parents Ana bawak kitorang balik rumah dia kat Kuala Ketil.


-BT stands for Bilis Teloq-

Sampai jer kat rumah Ana, terus kitorang dijamu. Almaklom lah, memasing lapar, plus ada orang tuh makan cucoq jagung tak ingat orang belakang hahaha

Malam tuh, kitorang makan Nasi Lemak Bungkus dengan Bihun Tomyam. Kenyang sangat sampai tidur kol 3 pagi hahaha

Pagi tuh, lepas subuh memasing tak tidur tapi siap siap sebab pagi tuh, ada Kenduri Doa Selamat kat rumah Tok Mama (Mertua Kakak Sulong Ana). Gigih jugak lah nak pergi, dengan tak bawak baju kurung, rembat baju Ana. Selamat lah muat hahaha :D

Tak lupa jugaaaa, baju kurung ft sport shoes guys huhuhuhu



Tapi sebelum ke Rumah Tok Mama, kitorang singgah KTM Sg Petani dulu, sebab nak beli tiket ke Padang Besar. Haa, part nih kelakar. Beriya lah aku ingat, yang kitorang akan ke Padang Besar naik kereta, rupanya naik tren hahaha



Baru berangan nak singgah Changloon hiks :D

Dah settle beli tiket, kitorang terus ke tempat kenduri. Dan waktu nak park, Daud telah dilukai oleh Ana. Kesian Daud huhuhu

Selesai bacaan yassin dan doa selamat, palageyyy, its time to eat yeayyyy ! Benda paling seronok kalau pergi kenduri kat tempat orang, adalah rasa makanan diaa ! Okay, jujur cakap, aku teruja gila sebab ada sambal tempoyak. Sambal tempoyak nih, kau kena gaul sendiri sebab dia hidang tempoyak dengan sambal belacan asing asing. Dan sumpah aku menyesal sebab amek tempoyak sikit jeee. Sebab sambal tempoyak dia sedapppp :')




Macam biasa, masa tengah salam-salam, ada makcik tegur aku dengan Yatt,

"Ehh, kembar ke? Muka serupaa."

Hahaha kitorang hanya mampu gelak jeee :P

Dah settled sesi salam salam, kitorg terus rushing pergi KTM sbb risau terlepas train untuk ke Padang Besar. Alhamdulillah, kegigihan tukar baju dalam kereta, membawa hasil di mana tak terlepas train. Hahahaha





First time aku pergi Padang Besar, naik train wehhh. Boleh tahan lama jugak lah dalam train sampai terduduk dalam tuh (masa balik lah, sebab ramai sangat orang hahaha). Almaklom lah, Si Orked mana boleh berdiri lama hiks :D

Sampai jer Padang Besar, hujan lebat membasahi bumi. Nak berjalan dari tren ke tempat shopping, boleh tahan jauh lah jugak. So, kitorang decide untuk naik teksi ke sana. Kena bayar RM12. Takpe lah, asalkan selamat sampai kan, pedehal :P

Ronda ronda sekitar kawasan situ, demi mencari jersey abg ipar Ana sekali cari brg2 yang kitorang tetiba rasa nak beli hiks :D

Dah habis membeli, baru lah kitorang pergi cari makan. And ada satu benda yang sangat membahagiakan. Nak tahu apa? Big Cup Green Tea dia wehhhh. RM3.50 jeeeee. Sampai dua bekas aku beli haaa tudiaaa :D




Dan dah menjadi satu benda penting lah kan, untuk aku order Pad Thai kalau adaa. Sanggup mintak tolong yatt untuk cancel order yang awal sebab nak makan Pad Thai. Pad Thai dia worth kot dengan Udang Besar 3 ekor, RM 8 jeeee. Alhamdulillah :D



Makan dah settled, jersey dah dapat, sweater dah beli, beg pun dah dalam genggaman, so dah tiba masa untuk balik ke Sg Petani. Sementara tunggu teksi sampai, sempat buat photoshoot jap kat kerusi nih hahahaha :D





Ada orang tuh kepenatan melayan kitorang berdua lah ! Hahahaha !

Sebelum balik Kuala Ketil, kitorang singgah stesen bas kejap sebab nak beli tiket bas balik KL. Masa sampai jer stesen bas, rushing gilaa, cari surau sebab kejar waktu solat adoiiii. Punya lah lama beratur masa beli tiket tren nak balik tadi, tuh sampai tak sempat nak singgah surau area sana.





Okayyy, selesai solat, selesai beli tiket bas, tetiba Ana mention pasal kedai roti FAIRY yang menjadi kegilaan aku masa kat Changloon dulu. Punya lah semangat, aku ajak Ana singgah jugak kedai roti FAIRY yang baru bukak tuh. Tapi agak kecewa sebab tak banyak choice macam kat CMART huhuhuhu


Tapi, takpeeee. as long as dapat imma happy girl ohyeahhh :P




Selesai pergi Fairy, kitorang terus balik rumah Ana kat Kuala Ketil. Lagipun, parents dia dah bising hahahaha anak dara balik lambat hahahaha (elehhh, kalau kat UM tuuuu hahaha)

Done Day 1 !

Okay lets move on to 2nd day in Utagha !

Hari kedua kat Kuala Ketil, kitorang dihidangkan sarapan bermacam peringkat. Sudah semestinya hidangan yang terakhir tuh paling win ! Sebab mak Orked jamu kitorang dengan pulut durian oh yeahhhhh :D



Muka kenyang makan brekpes banyak stage hahaha

Punya lah Orked kental kan hati bertapa kat dapur demi nak teman kitorang sarapan. Tapi tak lama lepas tuh, dia terus lari masuk bilik sebab tak tahan dengan bau durian hahahaha

Sorry Ked, Raja Buah tetap menjadi Pojaan Hatiku :P

Selesai brekpes, Orked ajak ke shopping mall Amanjaya. Well, plan asal sebenarnya nak pergi pantai tapi last last kitorang pilih untuk pergi mall jer. Plus, Watsons buat sale masa tuh hiks :P

Sepanjang kat mall, kitorang takde lah shopping apa pun, kitorang banyak habiskan duit kat makanan jer sebab Ked lah, semangat sangat nak suruh kitorang try churros kat situ. Sekali, churros yang dia suruh try tuh takde pun hahahaha :D


Sementara menunggu churros (bukan seperti yang si Orked harapkan), kitorg jenjalan dan jumpa another dessert hewhewhew


So basically kitorang dah ada dua dessert untuk dimakan !


Ehhh tapi dua dessert belum cukup sebab kitorang try benda lain pulak. Hahahaha memang food hunting (dessert hunting aku rasa hahaha) betul sebab memang cari makanan jer. Tak cari benda lain kat mall nih fulamakk !



Yesss ! Kitorang beli DimSum dengan Takoyaki pulak hehehehe. Puas hati jugak lah sebab semuanyaaa sedappp dan harga berbaloiiii !




Dah settled makan kat Amanjaya, kitorang singgah balik kat Kedai Kek Fairy yang aku suka sangat sangat tuh sebab hengkononnya nak beli bekalan makanan dalam bas. Kitorang pergi dua kedai fairy BTW. Satu yang besar, kat area SP. Satu lagi yang dekat area Kuala Ketil. Sumpah happy teroks dapat pergi kedai Fairy sebab pasti roti dia semua sedap sedap !





Kedai Fairy yang baru tuh dah macam Kafe hipstur, so kitorang pun amek kesempatan untuk amek gambar kenang-kenangan sebelum balik KL hehehehe


Hasil tangkapan aku untuk dibawa balik KL. Hahahaha borong habisss wehhh sebab tak mampu nak buat pilihan so beli semua yang berkenan di hati hewhewhew ! Paling aku suka, Roti Kastard dia sumpah sedap namateyyyyyy !


Sebelum sampai rumah, Orked bawak kitorang pergi kedai Pisang Goreng Cheese yang dia selalu post kat Status Whatsapps. Murah wehhhh. Dan sudah semestinya sedap teroks !

Since malam tuh dah nak balik, so memang hari kedua kitorang takde buat apa sangat. Just nak chill chill jer and thats why kitorang pilih untuk pergi mall dan kedai jeee. Apapun, yang penting the time we spent together tuh yang precious, kan !

Malam tuh, bas kitorang around 11pm macam tuh. So sempat lah jumpa Thia ! Akoddd ! Hahahahaha sempat lah main dengan dia. And malam tuh jugak, ana masak mee goreng untuk kitorang ! Sedappp sedapppp ! Aku tunggu jer bila dia nak masak lagi hahahaha !











Dapat duit raya chuolllsss wehuuuuu !

 
Hahahaha kenapa muka Ana macam tuuuhhhh hahahaha

Anyway, terima kasih ana sekeluarga yang sudi melayan kerenah kami berdua heee layanan tiptop sangattt sis rinduuu nak datang lagi lah nanti hehehehe !


Okay, tuh jer setakat nih hehehe !
See you in the next post !

Sekian, Assalamualaikum.
Asshra.

Comments