1st Ramadhan
Assalamualaikum.
Ramadhan is back !
Alhamdulillah, we meet again, Ramadhan Kareem !
Baiklah, sementara menunggu nasi siap masak (untuk sahur di 2nd Ramadhan), tetiba tercetus idea untuk update blog pasal 1st Ramadhan seketul Syahidah Chetak tahun ini.
Seawal 4 pagi, Syahidah Chetak dah terjaga dan bersemangat pergi bilik yatt nak cek yatt tgh buat apa. Tup tup yatt depan rice cooker tgh masak sardin. Makanya aku pun membawang jap sebelum balik bilik kejut org lain.
Dah siap sahur apa semua, terus tertidur atas katil yatt (teruk nyaa anak dara nih, lepas sahur terus membuta hahaha). Lepas dah tersedar dari tidur yang lena di atas katil yatt, aku balik bilik, sambung perjuangan 'tidur' atas katil sendiri sampai lah rumet mengamuk suruh Solat Subuh (hahaha mashehhh rumet marah saya pagi tadi ngeh ngeh ngeh).
Sebelum sahur, cek phone (ehhh biasa lah habit seketul syahidah chetak), tetiba ada dapat ws dari someone yang aku marah pada asalnya, tapi makin lama makin redaaa. Makanya aku pun bluetickked kan dia. Ngeh ngeh ngeh
Around 9am aku terjaga dan diberi kesedaran untuk siapkan kerja yang tertangguh. Cek ws lagi sekali, ehh dia ws lagi. Memula dah malas nak reply tapi lepas ana dan arina bebel bising so aku pun reply. And paapppp ! Something happened and made me moody huhuhu
Since ada kelas kol 12pm so dalam kol 11am lebih tuh aku terus siap siap pergi kelas. OTW nak ke motor, tetiba dpt phone call dari Maybank, dia cakap check kena tendang. Huwaaa terluka nyaa. Tak pasal pasal nak kena pergi Mid Valley pergi amek cek tuh. Mulanya nak pergi lepas kelas, sekali mood ke laut dan serabut so tak pergi pun.
Dalam pukul 3pm Cikgu Iman dtg bilik (mood membawang onnzzz! hahaha). Habis jer sesi membawang, terus mood okay balik. Terima kasih jugak lah kat manusia yg sudi otp dgn aku kejap sementara tunggu cikgu naik bas balik kolej hahaha
Petang tuh, tidur tak sedarkan diri sampai lah cikgu kejut. Siap siap terus gerak Masjid Ar-Rahah, bersama Yatt dan Kirahhh. Kitorang sampai sampai, dah waktu berbuka so tak dpt pun nasi sbb dah habis. Tapi, seronok sebab dapat makan 3 jenis kuih muih ngeh ngeh ngeh
Habis jer terawih, mengadu kat Yatt sbb lapar so singgah kafe beli kuey teow patayya (fav hewhewhew). Dekat kafe, membawang lagiiii hahaha
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
So, apa motif cerita harinih?
Okay, meh aku masuk content sebenar.
1st Ramadhan,
Aku diuji dengan perasaan yang bercampur baur. Ntah laa, susah nak describe apa yang aku rasa. Sebab complex sangat lah bab hati nih. Dia punya sakit bila sekali terhiris, Tuhan sahaja yang tahu. Tapi, aku bukan jenis marah lama lama so aku dah cool. Just aku terkesan sedikit jer lah.
Apa yang aku belajar?
You can trust no one.
Sebab kadang kita sendiri tak tahu dalam hati kita, apa yang ada, apa yang kita nak. Dan kadang-kadang kita bercakap berdasarkan apa yang terlintas di fikiran tanpa berfikir terlebih dahulu. Lagi satu, dalam dunia, semua orang ada potensi untuk jadi musuh kita, oleh itu kita kena letakkan trust hanya pada diri sendiri sebab hanya kita yang tahu niat kita sendiri. lastly, letakkan trust dan faith hanya pada Allah. Sebab hanya Allah yang boleh dan mampu membolak-balikkan hati kita. Hanya dengan izin-Nya, kita akan sentiasa dilindungi dan dirahmati.
Don't easily jump into a conclusion.
Yes, bab nih, kita kena bertanya untuk dapatkan jawapan. Bukannya buat judgement berdasarkan apa yang kita nampak sebab kadang-kadang, kita hanya serpihan kaca yang tak lengkap. Dan bahaya nya semua nih, andai kata tersebarnya fitnah.
Forgive and learn.
Manusia nih takkan pernah sempurna. Tapi kita kena sentiasa berusaha untuk improve dan perbaiki setiap kesilapan. Belajar dari kesilapan supaya sejarah tidak berulang. Memang kadang-kadang kita rasa payah nak maafkan kesilapan orang lain. Tapi, percaya lah, kalau kita amalkan sikap yang positif, dengan mudahnya Allah lembutkan hati kita untuk memaafkan. Kita kena sentiasa berpegang dgn, 'sebanyak mana kita nak Allah maafkan kita, sebanyak itulah usaha kita untuk maafkan kesilapan orang lain.'
Don't easily jump into a conclusion.
Yes, bab nih, kita kena bertanya untuk dapatkan jawapan. Bukannya buat judgement berdasarkan apa yang kita nampak sebab kadang-kadang, kita hanya serpihan kaca yang tak lengkap. Dan bahaya nya semua nih, andai kata tersebarnya fitnah.
Forgive and learn.
Manusia nih takkan pernah sempurna. Tapi kita kena sentiasa berusaha untuk improve dan perbaiki setiap kesilapan. Belajar dari kesilapan supaya sejarah tidak berulang. Memang kadang-kadang kita rasa payah nak maafkan kesilapan orang lain. Tapi, percaya lah, kalau kita amalkan sikap yang positif, dengan mudahnya Allah lembutkan hati kita untuk memaafkan. Kita kena sentiasa berpegang dgn, 'sebanyak mana kita nak Allah maafkan kita, sebanyak itulah usaha kita untuk maafkan kesilapan orang lain.'
Cukup lah, tiga pengajaran ini. Ini pun, dah bagi impak kat aku sangat sangat untuk hari pertama berpuasa. Terima kasih, Allah sebab sentiasa ingatkan aku melalui pengantara yang ada.
Di kesempatan ini, aku nak kongsi sekali AZAM RAMADHAN aku. Doakan taw, supaya semuanya tercapai dan aku berjaya improve diri.
AZAM RAMADHAN SYAHIDAH CHETAK
1. Tak nak tinggal terawih
2. Bersedekah semampu yang boleh
3. Memahami apa yang dibaca (especially al-quran)
4. Istiqamah menutup aurat sebaik mungkin
5. Sentiasa positif dan jaga hati, tingkah laku dan perbuatan
Okay, cukup lah perkongsian yang tak seberapa nih.
Tulis banyak banyak pun nanti bosan hahaha.
Salam Ramadhan,
Semoga Ramadhan tahun ini, lebih bermakna dan memberikan impak positif dalam diri kita semua. Selamat mengejar Lailatul Qadr, semoga diberi peluang untuk menikmati Lailatul Qadr.
Sekian, assalamualaikum.
Asshra.







Comments
Post a Comment