Travel Log Krabi Prapi

Assalamualaikum :)

lama kan tak dengar perkhabaran dari aku?


Kalau nak tahu, hari tuh [26-29 Mei 2016] syahidah chetak and the gang pegi KRABI, THAILAND. Since, aku sangat aktif upload gambar kat instagram dan facebook masa kat sana (well, thanks to Pak Wae sedekahkan hotspot). So bila balik dari Krabi, ramai jugak lah tanya, perli, teruja nak dengar cerita aku (okay, nih tipu jer. aku yang semangat nak cerita). So, aku akan cuba untuk kongsi everything yang interested okay :)

DAY ONE 

kalau nak tahu, kami pergi under pakej yg ditawarkan oleh @destinasibajet kat instagram dia. at first, bank-in deposit sebanyak RM50. then, the rest kami bayar masa hari kejadian. kalau ikut pakej, total up RM349.00 tak termasuk tiket bas ke Bukit Kayu Hitam, elephant trekking dan kayakking. nak tahu pasal pakej tuh, boleh laa pm tepi orang tuh okay.



hari Khamis, habis presentation Management, gigih balik bilik bergegas naik LRT ke rumah Miera sbb tiket bas kami ke Bukit Kayu Hitam (naik bas jer, sebab tak cukup budget. haha) pukul 10 malam. then, around 11 malam kami bertolak ke Bukit Kayu Hitam and reached around 7 in the morning. 

Then, around 8 pagi, kami berkumpul dekat The Zone, Bukit Kayu Hitam. 

The Journey Begins :)

kami naik van komuter untuk ke Krabi, which sampai kat sempadan kau kena beratur panjang nak cop passport. ohh kat sana sepatutnya tak boleh amek gambar tapi syahidah chetak kot. ingat dia kesah? asal dapat bergambar huhuhu



gambar masa kat sempadan untuk cop passport :)


tempat perhentian sebelum sampai Krabi :)

dalam van, aku pilih untuk duduk seat sorang memandangkan aku nak habiskan baca novel Aksara yang dah berkurun lama tak habiskan baca. lama laa jugak nak sampai sana. sampai panas punggung hihihi tapi, penat tuh berbayar bila kau tgok pemandangan dan bilik hotel yang kau dapat.


for this trip, aku sebilik dengan si pareja dan si iha :) kami duduk bertiga so faham faham lahh kalau bilik dua orang duduk bertiga memang kelam kabut laa jugak jadinya.









sampai jer kat hotel, kami bersihkan diri dulu (ye laa, last mandi lepas presentation kot. hihihi) lepas mandi, kami bergerak ke kedai makan untuk dinner. 








dah habis dinner, kami pegi ke Seven Heaven. nak tahu apa? haaa, google lahh sendiri. tak tahu nak explain cemana. tapi, kat sini ada kenangan pahit, salah seorang dari kami kena gigit dgn serangga yang tak berperikemanusiaan huhuhu



lepas puas berjalan kat Seven Heaven, Pak Wae bawak kami ke kedai souveniers yang jual murah. sumpah sakit kepala nak pilih tshirt banyak sangat corak yang cantik cantik so otak blank sampai tak tahu nak beli ke tak. hahahaha.


lepas pegi kedai souvenier tuh, kami pegi Aonang, jenjalan sekitar kawasan tuh. ohh, masa nih laaa aku dok craving aiskrim McD pastuh teruja nampak patung McD. tgh semangat amek gambar, dtg sekumpulan mat saleh dtg interrupt gambar kami. kami pun, layan kan ajer. hahaha



berjaya dapatkan harga murah dekat kedai area Aonang :)


DAY TWO

okay, hari kedua adalah hari yang dinanti-nantikan. ISLAND HOPPING yawwww. semangat taww malam tadi pikir nak pakai baju apa hahahaha. so, sebelum ber-island hopping kami brekpes dulu. memandangkan memasing dah sumbat roti dgn tuna, so kami share jer pulut ayam makan beramai ramai. haaaa, nampak tak ukhuwah kat situ. hahaha.


okay, perut dah kenyang so, boleh laa mulakan island hopping. walaupun cuaca pagi tuh hujan, kami gigih nak pegi jugak. siap berebut naik boat kecil nak ke sana. masa atas boat besar, ombak agak teruk, sampai ada akak tuh muntah. aku pun pening kot (tak cukup guling nampaknya. hahaha) 

then dah lama sikit, diorang decide yang terpksa ditunda sehingga cuaca okay balik. kami pun sedikit hampa. balik dengan perasaan berkecamuk. selamat laa Fared, tour guide kami baik hati nak bawak kami mandi kolam. so, takde laa rasa sedih sangat. hehehe






tetiba petang tuh, dapat berita yang island hopping masih ada harapan. so, gigih tukar baju balik even dah bersihkan badan lepas mandi pool pagi tuh. then, petang tuh, dengan muka bahagia, kami pergi ke jeti balik. 








alhamdulillah, berjaya jugak lahh, berisland hopping walaupun sebenarnya, kami pergi Ralley Beach jer. lepas pegi beach actually nak pegi Chicken Island tapi cuaca makin teruk, langit mendung, ombak kuat. 


















masa dapat tahu tak dapat pegi Chicken Island, hampa gilaa muka masing masing. then, masa pertukaran boat besar ke boat kecil, kami terpksa naik trip yang kedua memandangkan kami warga kuat dan sihat. hahahaha. duduk atas boat masa tuh, tahap sejuk diaa, pehhhh dahsyat sungguh. menggigil satu badan tahan sejuk. 









snokeling tak dapat, bergambar jer mampu dengan peralatan dia.
hahahahahahahahaha

nampak tak muka sedih tuh? hahahaha

malam tuh, Pak Wae bawak kami ke Night Market. sebelum pergi Night Market, kami makan kat restoran halal depan Night market. one thing, nak puji even dapat makanan lambat, dia akan hias nasi dia bentuk LOVE. cantik. and one more thing, yang keje aku rasa semua ahli keluarga dan golongan yang alim, pakai tudung labuh, berstokin. nak marah pun tak sampai hati hahaha



dekat Night Market, agak teruja lahh jugak sebab jumpa banyak benda. dan murah. souveniers terutamanya. hehehe. tapi, kitorang sampai kat situ agak lambat sebab banyak kedai dah nak tutup. so agak rugi lah jugak :(








kalau kat kedah, popular dengan pulut mangga, kat thailand pun korang boleh cari pulut mangga. yang membezakan, dia ada something crunchy :) sedap !

ada masa tuh, aku mandi last dalam bilik, so yang dah habis mandi tuh, diorang gigih pegi cari wifi area hotel. then, diorang bersembang dengan Fared dan Din (tour guide). si Din tuh, diorang suruh teka umur berapa, kalau diorang dpt teka, si Din belanja pancake. and Iera berjayaaaaa ! so, sepanjang atas kapal kitorang tak habis habis bahan dia pasal pancake.

meet iera, the one and only our Iera yang sentiasa ayu :)




hasil dapatan, kami berjaya pau bermacam jenis pancake malam tuh :)


terima kasih abang pancake yang hilang phone dalam laut ! 

ohhh ye, malam tuh jugak laa, Pak Wae berhentikan kami kat pekan untuk sewa motor. rugi kot pegi Thailand tak try bwk motor since tak payah pakai helmet, boleh naik 3 orang. huhuhu

DAY THREE

hari terakhir di Krabi. pagi tuh, kemas barang semua, angkut barang masuk van then check out. 


untuk pegi brekpes, kitorang decide nak pegi naik motor. gigih kejar Pak Wae yang bwk van mengalahkan drebar ambulans dan akhirnya kami lost. tak jumpa Pak Wae. sobsssss

bincang punya bincang, last last kami patah balik ke hotel untuk cari Fared. dia lahh harapan kami hahaha tetiba jumpa Fared kat tengah jalan. then, Fared bwk kami ke tempat pinjam motor, pulangkan motor dan amek balik passport Iera. lepas tuh naik van pegi brekpes. 



masa brekpes, almost pening pikir nak pilih nak makan apa. hahahaha banyak sangat pilihan dan semua nampak menarik. akhirnya, decide dengan iera, beli macam macam then share, makan dalam van nanti. 

lepas brekpes, kami pegi 7eleven (kalau nak tahu, kat sini bersepah 7e yang kau boleh jumpa) untuk beli aiskrim Milo yang limited edition tuh. hehehe


habis brekpes, aktiviti diteruskan dengan Elephant Trekking. masa nak naik van ke sana, tetiba Fared ajak sesiapa naik motor dengan dia. tak tahu kenapa, aku offer diri. (maybe sebab memikirkan kesempitan yang melanda dalam van dan kesejukan atas motor hehehe) sepanjang atas motor, banyak laa yang si Fared tuh cerita. since aku pun banyak tanya, dia pun layankan aje. hehehe

sampai jer kat sana, kena beratur amek no nak naik gajah. at first, gigih tambah tolak berat badan nak bg stabil dua dua gajah sbb nak naik dua gajah jer. at last, naik ikut bilik. hahaha ohh lupa nak bagitau, nak naik Elephant Trekking, korang kena bayar 500 baht sebab tak termasuk dalam pakej :)
























kalau nak tahu, Elephant Trekking adalah aktiviti rasmi yang terakhir di Krabi sebab lepas elephant trekking, kami bergerak balik. so, sebelum balik, sempat lah bergambar kenangan dekat sini.







perjalanan diteruskan. Pak Wae bawak kami ke Aonang City. bergambar sekitar kawasan tuh. ramai gila orang sampai kena beratur take turn nak bergambar. hahaha










habis bergambar, kami bergerak ke Hatyai. lama lahh jugak dalam komuter. sampai sakit badan tido. hahaha. ohh, sebelum sampai hatyai, kami singgah di satu temoat jual makanan halal. banyak gak makanan yang kami beli tapi tak sempat amek gambar dah habis hehehe


perjalanan ke hatyai diteruskan :)




sampai di hatyai, kami diberi masa sejam setengah untuk beli makan, shopping dan habiskan sisa sisa baht yang tinggal. macam macam kami try makan. desert Thailand, pattai, air kelapa dan buluh, ketam goreng dan mcm mcm lagi.






















disebabkan bas kami lagi sejam (kononnya, padahal 2 jam) so Pak Wae cadangkan untuk kami naik TUKTUK (public transport yang popular di thailand). so kami pun naik tuktuk untuk ke tempat bas. 





dan trip ke krabi pun berakhir :)

-------------------The End------------------

balik dari Krabi, ramai yang tanya,

chetak, best tak Krabi?
pendapat aku, best gilaaaa kalau kau pegi dengan orang yang sekepala dengan kau, yang kaki jalan sama macam kau, yang suka nature dan yang kau selesa. mungkin, trip kami akan jadi lebih best kalau Island Hopping kami dapat pegi semua island. tapi, perancangan Allah lagi best. hujan kan, mesti ada hikmah. mungkin kalau pegi pun, entah entah ada benda buruk jadi. so, just accept it with a smile okay :)

jujur cakap, semua nih berjalan last minute. at first, ayah mak tak bagi pergi sebab risau pape jadi, tapi lepas pujuk punya pujuk jadi pun akhirnya. alhamdulillah.

mungkin ramai yang pelik kan, kenapa aku pergi dah nak dekat final. jujur cakap, i need some spaces, too many things stressed me out sampai tahap fed up, malas nak fikir, so, aku pegi laa pandang nature and i realise that, everything is just a challenge for me. plus, kengkawan yang lain lepas nih dah nak study jauh. so, maybe this is the right time :)

my advice to others yang nak pegi Krabi, bawak baju tak payah banyak sangat, pilih waktu yang sesuai (bukan musim hujan), pegi dengan kawan kawan yang happening dan ada go pro (hahahahahaha) okayyyy :)

tuh sajer, perkongsian pasal Krabi.
doakan next year nak ke Sabah pulak :)

okay, sis cau dulu. final menanti :)

sekian.
Asshra.

Comments