Pesan Pada Hati
Assalamualaikum.
Nampak nyaa, idea dah datang. Bukan senang taww. Bersemangat nih nak update. Rasa mcm excited terlebih pun ada jugak. Memandangkan aku dah lama tak update diari aku, so aku update blog aku je laa okayy. Hahahaha
Pehhh, tajuk scary habis. Nih konfem post main emosi punya. Hahaha ehh, jangan jangan fikir lain okayyy. Aku sangat lahh tak berminat cerita pasal cinta waktu panas kat Malaysia sekarang nih haa.
Okayy, back to the topic.
Sejujurnya, aku suka sangat amek akaun kat matrik nih sebab aku enjoy belajar pasal apa yg aku belajar sekarang. Kalau dulu, aku stress belajar biologi sampai menangis mata bengkak kot. Tuh baru biologi. Belom campur chemistry lagi. And aku tabik gilaaa orang yg masih setia pada sains. Aku dengan sains memang takde jodoh mungkin. Hmmmm. Hahahaha
Since second sem baru ada dinamika, so tadi awal pagi ada kelas dinamika. Sejujurnya, dulu aku memang tak suka kelas dinamika. But then, lepas pengucapan awam, aku bersemangat dan aku sangat enjoy masuk kelas dinamika. Kalau kwn aku kata dinamika waktu tido, aku tak setuju 200% okayyy.
Bagi aku, kelas dinamika laa tempat relwase tensyen. And tempat untuk bukak minda aku yang ternyata tersangat lahh sempit dan cetek. Aku sukaaa gilaa lect dinamika aku. Nak tahu kenapa?
Konsep lect aku nih, bila dia dapat fakta, dia akan pertikai. Dia akan persoal. Bila dapat satu cerita, jangan cepat percaya. Kaji dulu semua benda tuh sampai tahu punca sebab alasan semuaaa okayyy.
Masuk kelas dinamika, dia bagi kesedaran betapa pentingnya kita untuk tahu keadaan semasa. Pengetahuan am itu tersangatlahh penting wehhh. Macam isu ISIS, korang tahu ke apa yg jadi? Haaaaa tepuk dada tanya diri sendiri
The best part, dia bukak story pasal sejarah. Tak tahu kenapa, kenkadang sampai satu tahap, aku nak baca balik buku sejarah form 1-5 dulu. Aku nak hafal supaya takkan pernah lupa. Sebab bagi aku, penting wooo tahu pasal sejarah. Especially pasal negara kita sendiri.
Kalau nak tahu, lect aku nih sebenarnya orang cina tapi fasih gila cakap melayu. Dengar citer, dia tertarik dengan islam. And ada ura ura kata dia nak peluk islam. Aku harap sangat lahh benda nih betul. Doa doa kan lahh ye.
Kenkadang aku terfikir. Di mana salahnyaa kita ehh? Kenkadang aku sedih kenapa politik malaysia kotor sangat? Kenapa orang melayu ter sangat lah selfish? Kenapa ehh? Kenapa orang melayu susah nak berjaya? Kenapa orang melayu susah nak maju? Kenapa ehh?
Kalau kita tengok orang melayu sekarang, sejujurnya aku pun sedih. Jangan pandang jauh. Tengok diri sendiri pun dah cukup. Tengok lahh diri aku nih haa. Terlalu leka dengan duniawi padahal sedar yg ukhrawi tuh lagi penting. Tuh laa tujuan sebenar kita hidup ye dakk?
Haiiihhhhh. Aku pun tak tau laaa. Kenkadang aku setuju jugak dengan apa yg orang cakap. Melayu nih, pantang kena puji. Nanti bangga lepas tuh lupa diri. Astaghfirullah. Takutnyaaaaa kalau aku sendiri jadi macam tuh. Sebab tuh la kot Rasulullah mengamalkan hidup bersederhana jer.
So sekarang nih, kena lahh berubah. Aku akan cuba untuk rajinkan diri baca surat khabar. Rajin baca buku buku yg boleh mendatangkan faedah. Heee
Okayyy laaahhh penat dah nih taip. Nak rest. Baru habis kelas sebenarnya.
Sekian, terima kasih.
Asshra.
Comments
Post a Comment