Raya Raya Jugakk

Assalamualaikum :)

"berlalu lah sudah, sebulan berpuasa,
tiba syawal kita rayakan, dengan rasa gembira"

mohon sambung sendiri lagu tuh :P

so, 

H O W S  Y O U R  R A Y A  G U Y S S S  ?!


soalan common yang aku dapat masa orang datang rumah,

"sekaraang belajar mana?"

"ohh, matrik kedah, kat mana?"

"amek kos apa?"

"ohh, amek akaun. kenapa amek akaun?"

"ohh, nak jadi macam ayah laa nih?"

"dah ada pakwe ke?"

paling hardcore,

" PAKWE NAMA SYAMSUL KAN? "

"SYAMSUL SAMA MATRIK KE?"

pehhhh, bernanah jer aku dengar . punya laa beriya aku nafikan yang aku SINGLE . tak jugak percaya . penat tawww buktikan yang aku nih single takde orang nak . susah betul jadi cantik nih / flip hairs /

dan insiden paling menyayat hati, 

masa tuh dah nak balik dari rumah nenek sedara kat kota malim prima, beriya laa aku berdiri depan dia salam semua bagai, dia terus hulur duet raya dekat adek adek aku yang tak berapa nak comel tuh . panas I panas sangat hati nih . sedih kauuuuu :'(

dan insiden paling bangang,

keluar dari rumah nenek sedara, apa lagi, cari laa sandal yang hengkononnya cantik bergaya (of kos laa bergaya sbb baju dah mcm pwincess kot) cari punya cari, tetiba aku nampak selipar (alaaa, selipar baru beli kat pasar pagi tiap jumaat tuh) terus senyum sorang sorang . mana taknyaa, beriya cari sandal rupanya aku datang sarung selipar jer datang rumah orang . (semua gara gara abang suruh aku drive terus lupa nak sarung sandal cinderella . ciss!)

ohhh, nak laa jugak cerita baju raya aku tahun nih (ahhh tak kira, korang kena jugak baca !) hehehehe

okayy, raya hari isnin . hari jumaat lepas pegi pasar pagi, semangat iollss pegi umah tukang jahit nak amek baju raya . ohh, btw, tahun nih tak tau kenapa semua baju hantar tempah sbb hengkononnya nak sedondon kauuu XD 

sampai umah, tak sempat bukak tudung dah capai laa baju kaler merah (tema raya tahun nih uollsss) tetiba terkejut yang teramaat sangat . terkejut campur sedih campur bengang . 

gilaa tak bengang bila aku pesan baju merah tuh nak buat jadi kurung fish tail tetiba jadi dress . dah tuh, besar nak mampuih memang masa aku pakai abang abang aku kata gemok gedempol buncit boroi (kayy, tuh hiperbola okayy)

" hahahahahaha dah macam baju najwa latif kau "

disebabkan rasa terhina, aku pun wasep adek yang kat sekolah tuh (nakal taw adek aku bwk fon mahal pegi sekolah) dia pun balas wasep macam dah redha habis . 

then, ahad tuh tunjuk laa baju tuh dekat abang kedua aku yang baru balik . dia pun sama, hina sedemikian rupa . 

" alaa, pakai laa belt kat pinggang "

" mana nak cari belt? esok dah raya "

" jom pegi danau ! "

" kau belanja ! "

" ye laa, ye laa "

disebabkan kegirangan yang teramat sangat, syahidah dan syuhada melompat bahagia bila ada rang sudi nak belanja (woiiii, bukan senang nak dengar angah ckp okay bila bab belanja!)

lepas buka, around 9 lebih tuh kitorang berempat pun pegi laa danau . pehhh, pehhh, jem dia, rasa mcm kalau aku tidur lagi bagus kauuu . ramai nak mampus manusia (serius ahh, aku taubat nak pegi danau)

puas ronda danau, aku berjaya beli KEROPOK LEKOR, AYAM GORENG, AIR NESCAFE DAN BUTANG BAJU ALANG . beriya round satu danau satu belt yang sesuai pun aku tak jumpa . memang berbaloi sangat pegi danau beli butang baju melayu alang yang berharga RM10 --" 

mohon jangan contohi kami --"

esoknya, disebabkan fotoshoot raya terbantut nak buat sehari before raya, so kitorang buat laa pagi pagi raya . beriya aku dengan adek oter baju kasi nampak cantik di mata kamera (klau nak tahu, lepas fotoshoot, baju pwincess hilang disebalik pintu bilik. kahkahkah)

dan, taraaaaaa, hasil kreatif kami,

cantik ke tidakkkk ? (baca ala ala jemah sikit baru setail)

tuh laa, baju yang hengkononnya rasa terhina sangat nak pakai masa first raya . hahahaha . tetiba aku rasa, ehh, lawa gakk baju nih kann? (diharuskan puji diri sendiri sebab aku tahu susah org nak puji aku yang BULAT nihh)

so, itu lahh, kisah BAJU RAYA akuuu . menarik kan? (baik korang kata ye okayy haha)
ohh, lagi satu, nak jugak laa celah gambar raya family kat sini . raya kot . hahaha
 so, enjoy the pic kayy :)


"kau fikir nak jadi pwincess kena muka ayu jer?"


" macam seronok jer kembong kan pipi nih "


" balqis, cuba duduk diam diam, penat papa nak dukung "


"pehhh, ayu gilaa kau syahidah"
kata syahidah kepada dirinya sendiri --"


" ya Allah syahidah, bulat betul muka kau "
aku tahu, korang nak cakap mcm nih kan? hahaha


" payung terjun kata kauuuu "


slek ahh ayah pakai selipar . muahahaha


" SELAMAT HARI RAYA "

hmmmm, mcm bosan laa plak, asyek cerita pasal raya aku . so, jom ahhh usya sikit raya bebudak pokok yang tak berhenti wasep masuk sampai hang phone aku berapa kali ntah . 

kayy, jom start dengan diva Syazwani Suhaili 



cehhh, nampaknyaa diva kita pilih sawah sebagai teman bergambar XD
kelasss kau jahhhh :P



tehaaaaa :)
* aku tak tau nak bg ucapan apa hmmm hmmm hmmm *

pastuh kan, nak mengadu yang aku dendam gilaa dengan bebudak yang pegi baraan nih . serius aku nak join tapi tuh laa, sabtu aku dah balik kedah . jeles gilaa sampai aku tak sanggup nak tgok gambar . sobsobsobsob (ecehhhh, kemain rajuknyaa hahaha)







ohhmaaaiiiigodd berduka lara aku tgok gambar di atas :(

ehh, nih sorang lagi diva meletopss yang cun gilaaa :)
sape lagi, DIVA PAREJAAA yawwww :P


ehh ehh sape pulak nih? sape lagi uollsss, 
AFIQAH ZULKIFLI yawwww :)


" fiqah, serius ahh kau nampak ayu gilaaa "
kata syahidah dalam hati hihihi

lastly, SYAFIEZA in da house yawww :D



"ehh, fieza, ada gaya dah tuhh . pape hal, kawen jemput kayy ! hahaha "

hmmmm, hmmmm, hmmmm, ada tertinggal lagi laa beberapa gambar . hikhokhikhok


"kemain kau muadz, rumah aku kau tak nak datang raya "
bisik hati syahidah (dendam nih dendam hahahaha ceewaaahhh)


sempat kauu pegi jenjalan nih nak dendam jugak nih sbb aku tak keluar rumah taww . dok umah basuh pinggan, buat air, tidur (ehhh?)  sampai tak sempat rasa rendang ayam langsung :P hahahaha

*kesat mata*

pehhh, dah besar kawan kawan aku . masing masing dah macam orang besar, but still, aku tak puas hati, kenapa muka korang yang lebih matang dari aku, tapi duet raya korang lagi banyak dari akuuu? 

" ini tidak adil ! "
*hentak hentak kaki*

ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

jap, jap, jap aku nak mengadu, 

duet raya aku tahun nih tak banyak . sedih kau . dah laa muka comel, rajin, baik hati, still, duet raya tak banyak . sedih iollsss . yang tak puas hati, masa raya pertama, aku tertidur dalam bilik . so mmg konfem ahh tak keluar jumpa tetamu . tuptuptup bukak mata nampak adek pegang ang pou dua tiga keping . dengan tak semena menanya, aku tanya,

" mana aku punyaa? "

" kau tak keluar, memang tak dapat laa . kau kena tunjuk muka ." 

sungguh laa aku sedih sampai merajuk tak nak keluar bilik (ecehhh, l5 min lepas tuh aku keluar cari nasi . lapar dohhh) hahahahaha 

hmmm, penat gak membebel nih . aku pun tak tahu apa yang rasuk aku nak update blog malam nih . walhal, boleh jer kot aku pegi study sebab UPS dah dekat . hahahahaha

btw, papepun, 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN .SALAM KOSONG KOSONG KAYY UOLLSSS 

p/s : mohon ampun maaf andai post kali nih menyinggung perasaan anda . klau rasa mcm nak komen, ehhh, dialu alukan okayyy . nak bg teguran pun boleh . insyaAllah akan cuba diperbaiki . plus, post nih sekadar nak share pengalaman kisah menarik aku jer (menarik ke?) . thanks for reading . may Allah bless you :)

sekian, assalamualaikum
asshra

Comments