Unprepared Interview
Assalamualaikum
hello dear friends (ecehhh, mcm ada jer yg baca blog usang nih. haha)
sebelum aku start dengan topik yg menarik (bg aku laa) aku nak mintak jasa baik korang, pegi laa usya blog kawan aku sorang nih. nice jugak topik dia dan quite interesting for me. so, apa lagi, jom visit blog fieza kayy uollsss XD
so, kalau nak tahu, semalam aku pergi melaka sebab hari nih ada talk & interview for New Zealand International Chartered Accountants Program (NZICAP). sejujurnya, aku tak rasa pape pun. just before nak pegi tuh, aku ada laa buat research sikit pasal KYS nihhh. dan at first aku malas jugak nak pegi sebab bendalah tuh bukan ada scholar. but angah kata, pegi jer dengar dulu talk dia.
so, aku pun macam ikut je laa. ye laa, mak bapak aku pun dah mcm excited dohh nak pegi melaka. kahkahkah
hari jumaat tuh, serius aku takde rasa pape langsung. cuak tuh ada laa sikit. tapi, serius aku tak cuak mcm bebudak MARA dok memekak ckp psl iv diorg. siap, aku boleh lepak online tak buat research pasal isu semasa ke isu dunia ke MH370 ke. TAK LANGSUNG WEYHH. yg aku buat, dok memekak kat wasep, sebok kat twitter. terukkan? so, jangan contohi sikap teruk aku nih ye :D
okay, malam tuh aku stay umah opah kat melaka. sampai umah opah pun dah lewat dalam pukul 12 mlm. yang bangang nyaa, aku boleh main fon lagi bila dah sampai walhal sijil aku tak bersusun pun lagi. ahahahaha see, nampak tak betapa tak serius nyaa aku. hehehe again, jangan contohi aku.
pagi tuh, aku pun terus laa iron baju bagai. mekap mekap sikit (ecehh, bedak je pon senanyaa) sarapan then terus gerak pegi KYS tuh. sampai sampai, terkejut aku,
"dah kenapa semua dok pakai blazer nih? hensem siottt"
terus bawak keluar fon, bukak wasep memekak kat situ ckp
"OMGGG ! RAMAINYAA YG HENSEM !"
kalau nak tahu, ramai gak budak SBP yg datang utk interview :)
see, betapa bengongnyaa aku. tapi, serius ahhh. ramai siot yang hensem. terasa down sangat sebab aku sakai jer. so, aku pun pegi laa register. tup tup nampak bebudak lain pgg borang apa ntah terus aku menggelabah sebab aku lupa nak print out borang tuh. hehehe terus abang aku marah sebab aku mcm tak prepare pape punggg. hihihi
then, selamat laa dia ada sediakan borang, so that aku terus isi. siap duduk kat tangga isi form. and for the first time, aku isi borang yg fully ENGLISH dan aku rasa blur tak faham byk benda. selamat laa omaak den ada at sebelah. hahaha
dah siap isi borang, aku pun masuk dewan. kalau korang nak tahu, perempuan yang datang, tak ramai. ada laa dalam 6 ketul. satu kepelikan melanda aku, ye laa, tak pernah pernah pompuan seciput tuh selama aku pegi talk mana mana. hahaha
then, tetiba satu masa tuh, sekumpulan org putih masuk dewan. amboiii, ramainyaa mat salleh. tetiba pakcik yg pgg mikrofon tuh ckp cenggini
"please welcome our lecturer and also the one whos going to be the interviewers for today."
kemain ternganga aku. ye laa, kena interview dgn mat salleh kauuu. kat sekolah dulu, masa mock interview pun, cikgu panggil org melayu jer. takde org putih. kemain cuak aku masa tuh (baru rasa nak cuak. kihkihkih)
then, lepas makan, kitorang diminta utk gather balik kat dewan sebab dia nak bg grup. suprisingly, i saw my old friend, who yg aku rasa mcm kenal dia tp takut nak tegur and wallaaaahhh, kitorang dpt satu grup. at first, cuak laa jugak sebab biasanyaa kan lelaki confident dia tinggi. and aku sorg jer pompuan dalam grup tuh.
FYI, satu grup tiga orang. dan aku nama perempuan yg first dipanggil. waktu nak masuk bilik interview, punya laa cuak sampai tangan berpeluh dengan hebat. sejuk habis ahhh. masuk masuk bilik tuh, terus duduk. dan interviewers tuh pesan awal awal.
"dont be nervous kayy"
so, aku pun mcm sedikit tenang sikit bila aku cuba untuk kekalkan senyuman seikhlas mungkin dari mula sampai habis sesi interview. siap buat gaya faham gilaa apa yg dia sembang walhal punya laa susah aku nak paham sepatah sepatah apa dia ckp.
but honestly, aku enjoy gila masa interview sbb aku dpt luahkan apa yang aku rasa selama nih. at the same time, aku happy sebab aku berjaya challenge diri aku utk speaking depan org putih tuh. buka senang nak build confident. dan paling seronok, kitorang sempat berbincang isu berbangkit yg terjadi kat malaysia.
sejujurnya, aku sendiri tak tau laa sama ada aku akan berjaya atau tak. sebab niat aku pun sebenarnyaa just nak amek pengalaman jer masa interview. dan aku SANGAT ENJOY. aku sendiri tak tau kenapa aku happy lepas keluar dari bilik interview. yang pasti, AKU BAHAGIA :D
satu benda aku respect tentang interviewers nih, diorang sangat sporting. diorang open minded and keep on smiling during the session. sampai aku terikut ikut senyum nyaaa. dan paling happy, disebabkan aku seorang jer perempuan, so aku mcm dpt tarikan sikit masa tuh (walaupun muka aku nih tak secantik lisa surihani. hewhewhew)
konklusinyaa kat sini, orang melayu mmg ramai yg tak berani dan tak yakin nak speaking. apa kata, kita sama sama berubah, bina keyakinan diri so that satu hari nanti kita dapat buktikan pada semua bangsa yang orang melayu nih sebenarnya hebat.
bukan nak cakap aku yakin sangaat bila speaking, just aku nak ajak korang semua, apa kata kita saling bantu mebantu antara satu sama lain utk improve kan diri kita dalam bahasa inggeris. betul laa, semua nih tak mudah tapi kalau kita berganding bahu, insyaAllah akan dipermudahkan.
pesanan aku,
nanti kalau korang nak pegi interview, make sure korang prepare awal awal kayy. jangan jadi mcm aku yg tak prepare langsung. and one more thing, make sure masa tgh interview tuh, tunjukkan senyuman yang manis dan reaksi yang positif kayy. pape pun, good luck korang XD
tuh jer. till the next post guyss :)
sekian, assalamualaikum
asshra
Comments
Post a Comment