Common Situation

Assalamualaikum

hai and hello :)

lagi sebulannn ! i repeat, lagi sebulan ! 

pejam celik pejam celik, cuti tiga bulan sebelum keluar result dah nak berakhir . ohhh mmaiiiiiii, yang menyedihkan, aku tak dapat kerja sampai sekarang . dan akhirnya, aku menjadi seorang tukang basuh daun stevia . hmmmm . alhamdulillah . tuh jer yang aku mampu . sila jangan tanya pasal gaji sebab so far, gaji yang aku dapat TAK CECAH RM100 punngggg !

sobsobsobsobsob

sepanjang aku cuti nih, aku semakin bosan dengan soalan sebegini

ehh, tak pergi sekolah ke?

sekarang buat apa?

lepas result nak sambung apa?

nanti nak belajar kat malaysia ke oversea?

bila result keluar?

dan yang paling aku terkejut, ramai saudara mara aku mengharapkan aku untuk jadi seorang DOKTOR di mana aku tak berminat langsung untuk hidup dalam hospital . aduhhhh . kalau ikutkan, memang aku ada plan nak jadi seorang AKAUNTAN BERTAULIAH sebelum cecah 30 tahun . tapi, tuh laaa, ramai jugak yang nak aku jadi doktor . haiiihhhh . selamat laa abang aku ada bagi semangat sikit . 

kalau nak tahu, aku memang tak minat sangat dengan SCIENCE SUBJECT . belajar memang seronok, tapi bila exam, bapak ahhhh ! banyak nak mampuihhhh benda yang kena paham . tepu otak mengalahkan lemak tepu . dan terbukti, aku mewarisi otak ayah which ayah memang seorang akauntan masa kat TUDM dulu . actually, ayah tak galakkan aku jadi akauntan sangat sebab ayah kata kerja susah . takde life .

so, ayah ada bagi cadangan kalau aku still nak teruskan dengan adegan aku . so, ill take the idea and make it as my wish :D

so, memandangkan aku nak amek accounting, so aku cadang aku nak amek DIPLOMA . i repeat, DIPLOMA . kalau nak tahu, sampai sekarang, aku tak tahu kenapa orang dok pertikaikan kenapa nak amek diploma . hina sangat ke diploma tuh? haaiiiihhhhh . 

masa sekolah dulu, aku pernah laa bagitau kawan kawan aku yang aku nak amek diploma . ada yang membangkang, ada yang menyokong . dan aku sangat terharu dengan kata-kata Shifaa' . dia sangat positif bila aku ckp aku nak amek diploma . tak macam yang lain, diorang tak galakkan aku amek diploma . sebab belajar lamaaa . tapi, kalau ikutkan, sama jer kalau belajar asasi . dan kalau ikutkan, aku memang tak tahu menahu nak amek asasi apa . hmmmmm . 

satu hari, aku baru balik dari program pendidikan dan kerjaya . then, aku share pasal apa yang aku dapat dengan abang first aku . then, dia bukak laa cerita pasal planning dia sekarang . 

dulu, abg aku memang nak amek medik . tapi, masa dia dekat matrik, result dia tak brp nak bagus . so, dia kena campak pegi course lain . then, starting tuh dia mula fikir, kalau dia jadi doktor, konfem dia tak banyak masa dengan family . lepas belajar, dia kerja dekat area sg besaar . dua tahun lepas tuh dia berhenti sebab dia rasa takde life . asyek fikir pasal projek projek dan projek . thats why laa dia stop . 

so, bendalah nih buat aku terfikir, takkan aku nak hidup senseorang . aku nak hidup ada family . nak bahagia dunia dan akhirat . so, aku mula laa fikir . apa kata klau aku follow suggestion ayah? plus, gaji pun macam masyukkk ! kahkahkah 

so, skrg nih, aku dah mula plan . just aku takde jalan ke arah plan aku jer . dan klau nak tahu, aku tersangat laa malas utk buat research pasal UNI kat malaysia nih . kan senang kalau ada orang nak terangkan semuanyaaa . seronok sikit . kahkahkah . tengok, betapa pemalasnyaa aku . hahaha

so, kepada yang membaca blog nih, minta tolong, doakan aku pilih jalan yang lurus dan benar kayy ! sebab kot kot laa doa korang lebih dimakbulkan :D heee ~


okayy laaa, aku nak terus buat research nihhh . doakan aku berjaya kayy !
sekian, assalamualaikum.
asshra

Comments