How It Feels ?

Assalamualaikum

menghitung hari, detik demi detik.......

di saat-saat akhir nak tinggalkan sekolah, aku semakin rasa nak langgar peraturan . ye laa, dah selalu sangat jadi budak baik tak berani langgar rules . bukan nak bangga tapi ini yang aku rasa . orang takkan faham kalau diorang tak pernah alami . 

aku akui, tak baik buat semua benda tuh, tambah pulak, aku BEKAS PEN KETUA PELAJAR . ada apa pada title ? aku tak suka bila orang ungkit sapa aku dulu . aku rasa terbeban dengan ayat-ayat macam tuh . ingat senang ke tahan dengan semua benda sejak jadi bendalah tuh ?

huishhhhhhh, apa aku merepek nihh? haha . intro baru . sabar ekk . 

macam mana rasa bercinta ? jujur, dalam hidup selama 17 tahun, aku tak pernah sayang seorang lelaki macam mana aku sayang dia 2 tahun yang lalu . maybe, ramai yang tahu siapa . 

sekarang, bila pandang jer kaum adam, aku jadi takut . takut untuk hadapi masa dewasa . ramai cakap, bercinta lepas kahwin tuh is better . ada jugak cakap, kalau tak kenal orang yang kita nak kahwin, bahaya sebab risiko tinggi melambung . so, aku jadi takut bila dengar statements macam nih . 

macam mana nak jaga hati agar tak terlibat dengan zina ? macam mana nak sayang Allah, bila kita ada rasa sayang kat lelaki ? macam mana nak dahulukan Cinta kepada Allah bila Cinta kepada Suami semakin menebal . semua benda nih, buat aku rasa nak further study sampai phD . sebab takut nanti aku dahulukan benda yang bukan prioriti as our priority is to beribadah kepada Allah . 

orang cakap, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik . perempuan yang baik untuk lelaki yang baik . susah nya nak capai perkataan BAIK tuh . susah nyaa nak jadi macam mujahidah kat luar sana . susah nyaa nak istiqamah dalam ibadah bila banyak urusan dunia yang menarik hati . 

sapa cakap, nak buat perubahan tuh senang ? aku dah cuba nak jadi baik dari dulu . tapi, takde kekuatan sebab IMAN aku seperti makin berkurangan . sedih laaa jugak sebab dulu tak pernah nak berani mencarut walhal sekarang boleh dikatakan selalu .

orang cakap, buat pelan-pelan . step-by-step . which step should be the first one ? appearance or anything else ? teringin nak jadi macam muslimah yang sentiasa ada tafsir di tangan . tapi, tak pernah pon tergerak hati nak buat . malu . malu kalau dipandang bangga . 

cantik nyaa, mereka yang menutup segala-galanya dan menjaga dengan rapi . kuatnyaa iman mereka . sejujurnya, cemburu . teringin nak buat perubahan . 



CINTAILAH ALLAH MELEBIHI ANDA CINTAI DIRI SENDIRI DAN JAGALAH HATI KERANA IA HANYA PINJAMAN SEMATA-MATA .

tuh jer, sebagai perkongsian . sila lah komen :)

sekian, assalamualaikum . 
asshra.

Comments