Puasa Kat Rumah Lain, Tak Penat Sangat
Assalamualaikum
hmmm, hai, hello dan selamat petang . hari nih hari khamis .
mula-mula ingat malas nak puasa . but tetiba teringat mesej nurul malam tadi . dia ajak puasa sunat . so, dengan bersemangatnyaa, saya pon berpuasa . alhamdulillah .
puasa kat rumah sangat laa best . mane taknyaa, bole makan apa-apa jer . klau kat sekolah kena ikut apa yang DM sediakan . so, kira klau hari tuhh makan tak sedap, buka puasa laa dengan makanan yang tak berapa nak sedapp . tapi, DM intesaber selalunyaa sedapp sedapp belaka . tuh yang berat susah nak turun . sedih jer . kat rumah makan sedapp, kat sekolah ponn makan sedapp . berat pon makin naik . pipi tiap tahun makin tembam .
hmmm . tadi, bangun lambat . memang malas nak sahur . but bangun-bangun terus teringat yang saya tak masak lagi . so, dengan menggelabah, keluarkan drumet dengan nugget . setengah jam lepas tuh baru masak . bantai laa korang makan tuh jer pagi-pagi .
lepas tuh, tetiba abang tanya,
syahidah, kau tak masak ke ?
dengan selamba, saya jawab
dah . pagi tadi . asal ?
sekarang nihh dah tengahari . aku lapar nihh .
ye laaa . jap aku masak .
so, pergi laa dapur . selamat laa tadi dah keluar kan udang . terus kopek kulit dia separuh . lepas tuh basuh . letak garam, letak kunyit . gaul-gaul . amek kuali, masukkan minyak . bukak api . goreng udang . sambil tuh, potong bawang, kopek cili merah 2 biji, cili padi satu genggam . basuh . masukkan bawang dengan cili merah dengan cili padi dalam blender, terus blend . angkat udang .
tumis bawang merah dengan bawang putih . dah garing, masukkan bahan yang dah diblender dalam kuali . gaul . masukkan garam . gaul-gaul . bila minyak dak naik, masukkan asam keping . gaul sekejap . lepas tuh campak keluar asam keping . masuk kan udang goreng tadi . gaul . kacau sampai sebati . tutup api . masukkan lauk dalam mangkuk . siap .
lepas dah masak udang masak BELADO, masak sayur plak . mula-mula tak tau nak masuk sayur apa . main potong jer bawang merah, bawang putih dengan fishball . udaahhh . nak masuk sayur apa nihh .
terus panggil adik . mintak kat dia nak tab . google kejapp . pastuh tgok resepi terus tutup tab . pegi amek sayur sawi . amek kuali baru . masuk minyak . tumis bawang merah, bawang putih . lepas dah garing sikit, masukkan fishball . lepas tuh masuk sos tiram . letak garam . letak ajinomoto sikit . letak sayur sawi . letak air . kacau sampai menggelegak . pastuh jerit panggil abang suruh rasa . *nakrasatakbole* dia kata okay . terus matikan api . salin letak dalam bekas .
lepas tuh, tetiba terfikir yang macam sikit jer lauk nihh . terus laa buat telor dadar kejap . dah siap . yeayyyy :)
hehe . akhirnyaa, menjadi laa jgak lauk hari nihh . walaupon tak prepare langsung nak masak apa . im a good cook la jgak ! haha *perasan*
so, untuk malam, memandangkan abang, kak madihah dengan balqis balik banting, adik dengan saya ajak ayah makan kat luar . at the same time, nak bukak puasa . plus, mak, angah, alang dengan misha pergi Brunei . sepupu kahwin . tak dapat ikut sebab nak bukak sekolah dah .
hmmm , dah macam blog resepi memasak plak . haha actually nak cerita pasal puasa kat rumah . haha . takpe la kann . kira share ilmu memasak laa kan . well , nak try cuba laa . good luck .
okay laa . nak teruskan dengan addmath . sekian,
assalamualaikum.
asshra
Comments
Post a Comment